Monday, February 4, 2013

Perkongsian Ceramah Penyanyi Farah Asyikin

Kenal Farah Asyikin? Penyanyi yang pernah popular dengan lagu 1000 Penipuan dan Hello. Mula dikenali ketika menjadi salah seorang peserta Malaysian Idol musim kedua dan mendapat tempat ketiga. Juga pernah menyertai One in a Million (OIAM) musim pertama dan berada dalam kedudukan top 5. Kini dia sudah berhijrah dan mula mendalami Islam setelah melakukan solat taubat pada bula Februari 2012.

Jumaat malam yang lepas, aku pergi ceramah penutup Karnival Kedah Sejahtera PAS Kawasan Pokok Sena. Antara yang dijemput menyampaikan ceramah di atas pentas selain Mahfuz Omar dan Anwar Ibrahim adalah Farah Asyikin.



Berikut antara intipati penyampaian beliau yang lebih bersifat perkongsian yang aku rasa wajar untuk dikongsi di sini.

1. Menceritakan pengalamannya ke Gaza. Katanya, rakyat Palestin tidak pernah memaki hamun pihak Zionis Israel di atas kekejaman mereka. Sebaliknya mereka mengucapkan alhamdulillah kerana Allah memberi peluang untuk mereka mati syahid. Berbeza dengan kita di sini yang suka bertengkar dan memaki hamun jika ada perbezaan ideologi politik.

2. Rakyat Gaza berebut-rebut untuk berkahwin bukan kerana nafsu semata-mata. Sebaliknya mereka berkahwin untuk melahirkan lebih ramai para mujahidin dan mujahidah Islam.

3. Beliau pernah dijemput untuk menyertai acara ambang tahun baru 2013 di Selangor baru-baru ini. Yang mana ia telah menarik puluhan ribu hadirin dengan kehadiran penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus. Tetapi beliau telah menolak jemputan tersebut semata-mata untuk menghadiri satu lagi jemputan ambang tahun baru yang juga berkonsepkan Islam di Langkawi.

4. Walaubagaimanapun, acara tersebut hanya dihadiri tidak sampai 100 orang. Sehinggakan pihak penganjur terpaksa meminta maaf kepadanya atas acara yang gagal menarik kehadiran orang ramai itu. Akan tetapi, beliau tidak kisah. Malah sangat terharu penonton yang hadir tidak berganjak walaupun dibasahi hujan. Baginya, penduduk Langkawi lebih memerlukan acara seperti itu. Sebuah pulau yang dikelilingi dengan pelbagai aktiviti tidak bermoral.  Jika populariti yang dikejar, lebih baik dia memilih untuk menyertai program di Selangor.

5. Beliau sangat berharap ingin melihat lebih banyak aktiviti-aktiviti berkonsepkan Islam diadakan di Malaysia ini. Yang mana aktiviti tersebut bebas maksiat dan mengasingkan kedudukan antara penonton lelaki dan wanita seperti di Kelantan misalnya. Beliau meluahkan rasa kagum dengan PAS yang berjaya merealisasikan aktiviti sebegitu. Jadi, dia menyeru semua orang agar merealisasikan perkara itu dengan cara menukar kerajaan yang baru. (Tanpa menyebut kerajaan sedia ada jauh dari landasan tersebut)

*************************

Ok. Itulah antara intipati perkongsian Farah Asyikin yang aku dapat kongsikan. Kagum juga dengannya. Kerana tidak henti-henti meluahkan kata-kata merendah diri dan agak lucu melihat gelagatnya di pentas disebabkan agak gelabah dan gementar mungkin. Tambahan pula terpaksa menyampaikan ceramah di hadapan para ustaz dan ustazah yang hadir serta ulama yang disegani seperti Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Tahniah Farah Asyikin atas perubahan positif yang ditunjukkan. Semoga beliau dan kita semua terus istiqamah dengan kebaikan. InsyaAllah.


Saidina Ali r.a juga ada mengatakan: "Janganlah melihat kepada sesiapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan."



SZ: Tak pernah lagi dengaq artis yang berhijrah masuk amno. :'(

5 360 juta komen:

Wanita Bertudung Hitam said...

alhamdulillah...bila la nk jd camtu huhu

La Kuchi said...

".. Dia juga merupakah bekas isteri penyanyi Hattan tetapi putus di tengah jalan setelah hanya 2 bulan bersama. Kini dia sudah berhijrah dan mula mendalami Islam setelah melakukan solat taubat pada bula Februari 2012."

maaf tuan, tapi saya rasa ini bukan farah asyikin bekas isteri hattan, nama mungkin sama, tapi orang berlainan. jika tidak silap saya, ini farah asyikin zulkifli,yang mungkin tuan maksudkan bekas isteri hattan, farah asyikin othman. sekadar berkongsi.:)

Solihin Zubir said...

@La Kuchi : yeke? sy google n rujuk blog hiburan mana ntah. silap la ni eh?

ok, saya dah edit semula. TQ ya atas pencerahan. :)

Hafizah Haruno said...

Artis fav. saya.

bai baizura said...

alhamdulillah. moga kita semua terus diberi petunjuk ke arah kebaikan.