Wednesday, May 9, 2012

Buruknya Lelaki Mencarut.. Buruk Lagi Perempuan Mencarut..

Mencarut merujuk kepada perbuatan memaki hamun ataupun pengeluaran kata-kata kesat. Mencarut bukan saja mampu menjejaskan mentaliti pengamalnya malah mengurangkan rasa hormat orang ramai terhadap diri seseorang. Orang yang suka mencarut itu dianggap kurang beradab, dan mempunyai mentaliti yang kurang matang. Boleh juga dianggap kurang ajar. Samada mempunyai ibubapa yang tidak mengajar tertib kepada anaknya ataupun salah diri sendiri yang memang tidak boleh diajar.

Antara punca manusia mencarut adalah disebabkan beliau tidak dapat mengawal emosi. Cara meluahkan rasa marah dan benci terhadap seseorang akibat tidak mampu melawan nafsu amarah dan bisikan syaitan.  Dan juga disebabkan beliau tiada point untuk membalas hujah, maka maki hamun adalah ending terbaik baginya. Loser! Malah, ada juga yang menjadikan carutan dan kata lucah sebagai 'zikir' harian.

"Vuduhpunyavetinasyundel. syiallah puih @%#$!*&$ tak reti jaga baby! jilaka betei. vangangsyetanlahanot gotodahell blablablabla..."

Manusia-manusia yang kononnya masyakarat prihatin biasanya meluahkan rasa tidak puas hati terhadap si pelaku maksiat dengan mencaci-maki beliau. Dan ada yang kononnya sayangkan Islam pula, turut melontarkan kata kesat terhadap orang yang menghina Islam. So, apa beza anda dengan si pelaku maksiat dan si kafir tersebut? Akhlak anda sama sahaja!

Sepatutnya anda berdoa agar orang yang melakukan kesilapan tu diberi hidayah. Kata-kata carutan dan penghinaan langsung tidak memberi faedah dan penyelesaian. Tetapi lebih menghangatkan keadaan dan menyalakan api permusuhan sahaja. Malah hanya menambah dosa yang sedia ada berbakul-bakul itu.

Itu belum lagi masuk bab mencarut dalam hal politik, bab bola dan segala macam bab lagi.


Apa Hukum Mencarut?

Allah berfirman yang bermaksud: "Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap pencaci dan pengkeji." (al-Humazah:1)

Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau dia diam.” – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Imam Ghazali ketika membicarakan mengenai dosa lidah boleh membinasakan seseorang dalam kitabnya Ehya’ ulum al- Din menyebut :

“Antara dosa lidah ialah : Menuturkan kata-kata yang keji (al-fuhsy), memaki (al-sab), dan menggunakan bahasa yang lucah (bazaah al-lisan). Perkara-perkara di atas adalah tercela, dilarang dan sumbernya adalah daripada sifat keji dan tercela.”

Imam Ghazali seterusnya membawa beberapa Hadis yang melarang umat Islam melakukan perbuatan-perbuatan yang keji itu. Antaranya Hadis-Hadis berikut yang bermaksud:

“Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada menutur kata-kata yang keji, kerana Allah tidak suka kata-kata yang keji dan perbuatan menyebarkan kekejian” (al-Hakim dan Ibnu Hibban); “Kata-kata yang lucah dan perbuatan mendedahkan perkara yang tidak harus didedahkan itu adalah dua cabang daripada sifat-sifat munafik” (al-Tirmizi).


Kepada orang yang suka mencarut, hentikanlah perbuatan itu. Ye.. Aku tahu ada yang nak cakap tok imam pun mencarut. Aku pun mencarut. Kita manusia yang punya iman senipis kulit bawang. Tapi, janganlah 'kentut' depan orang ramai. Jangan tunjuk kat orang yang kita tu 'busuk' dan 'pengotor'. Usaha! Jangan merendahkan martabat anda sendiri dengan mencarut tanpa segan silu depan khalayak. Tak cool pun mencarut.

Tutur kata yang baik diumpamakan mutiara kata yang disukai oleh orang ramai. Manakala perkataan tidak baik dikeluarkan dari mulut tidak ubah nilainya seperti najis. Tentunya orang waras tidak akan menyukai najis. Najis dikaitkan dengan segala yang tidak baik dan hina. Jadi, begitulah pandangan yang sesuai kepada mereka yang menuturkan sesuatu perkataan tidak baik.

Jangan dibiarkan lidah anda terbiasa mencarut. Takut-takut sampai ke tua, lidah pun sudah liat hendak berhenti mencarut. Jangan sampai orang menutup mata dengan syahadah, kita pula menutup mata dengan mencarut. Nauzubillah...  "Ya Allah, peliharalah lidah kami"

Buruknya lelaki mencarut, buruk lagi kalau perempuan yang mencarut...

*rujukan : ciktom.com , iluvislam , halaqah.net 


SZ : Tak hensem la mencarut...

10 360 juta komen:

bai baizura said...

mintak dijauhkan drpd mencarut sebegitu rupa. huk3. burok pangai

eZmALiZa said...

betullahh.... rase mcm keji gile bila pompuan mencarut... saya pon kadang2 terlepas jugak bile terpandang sesuatu yg membencikan...harap2 saya dapat ubah sikap buruk ni..tkot menjadi kebiasaan... :(

Qaseh dalia adelia said...

benci org mencarut tak kira prmpuan or laki .. buruk perangai haiihhh ..

Hansyirah Takezur said...

carutan kat atas tu macam org sakit gg je. hehe. takdelah. gurau je.

betul la tu. ada org dah biasa dgn carut-marut dlm hdup dia. even tak marah pon panggil org dgn s***, b***..

yg si kwn tu pon jawab relax je. apadehal? tak trasa ke? pelik.

pena rozie said...

buruk punyer perangai

Ryu on ahsfantasy24.com said...

betul3..
tak kacak dan jelita kalau mencaru ;D

Cik Siti Hajar said...

carut mencarut ni memang perangai yang buruk.. tapi sebenarnya ada dalam diri setiap insan.

Fz27 said...

bajet best bila boleh mencarut.. aduyai mintak di jauhkan lah..

Cik Penguin_Solehah said...

kalo mereka paham yg setiap perkataan itu adalah satu doa,mereka takkan mencarut sb takut nanti kene dkt mereka balik.. Lagi satu hidayah itu milik Allah,apa hak kita nak kutuk mereka.. Kalau Allah nak bagi hidayah,mungkin dia akan jadi lebih baik dari kita .. Time tu baru kita nak segan dengan dia sb kita pernah kutuk dia^^

Ismail Ali said...

Sama-samalah kita ingat mngingati memang kita brnama mnusia mudah lupa dan tersilap.