Friday, May 4, 2012

Bertumbuk Ala Gangster dan Fighter Sejati

Memang seronok kalau dapat pukul orang. Tambahan bila tengah marah membuak-buak, dapat lanyak orang memang puas hati.  Kau akan rasa diri kau macam kuat giler. Tapi, kau pasti akan rasa bersalah dan menyesal selepas itu. Itupun kalau dalam diri kau masih punya iman dan sifat belas kasihan. Kalau kau tak rasa apa-apa malah berbangga, itu tandanya kau seorang yang zalim. Lu lanyak orang cara pengecut, lu canang dekat kawan-kawan lu, lu bangga. Nampak sangat lu macam budak baru nak up. First time pukul orang la tu.

Ramai-ramai pukul sorang.. Cara bacul..

Ala Gangster

Pukul orang cara gangster ni bukanlah sifat seorang fighter sejati. Sebab lu hanya berani bila lu ramai. Lu hanya tunjuk langsi bila lu ada kabel besar. Bila lu sorang-sorang, lu goyang. Memang betul bersatu kita teguh itu sifat terpuji. Ramai gaduh ramai, itu cerita lain. Tapi, kalau ramai-ramai pukul sorang bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Belum lagi part guna pistol. Itu sifat orang bacul. Kalau lu rasa nak tunjuk power sangat, one by one la kan. Baru ada ball. Kalau lu sorang bantai ramai macam Tony Jaa tu, lagi gua respek. Itu lagilah betul-betul super duper power.

Kadang-kadang lu tak sedar. Lu hanya diperguna oleh orang-orang atas. Lu punya brader hello lu orang kumpul budak turun bila ada job. Sedangkan lu punya brader rileks lepak kat Aloha sambil togak air botol cap Harimau. Ini sifat brader yang tidak bertanggungjawab. Lu orang pulak berjuang mati-matian kononnya, sampai lebam berdarah sana-sini. Lu punya kepala taiko tak payah cakaplah. Ok, dah nama pun big boss. Kasi la can beliau goyang kaki kan.

Tapi, jika hendak dibandingkan dengan dulu, kaedah perang dia punya kepala duduk depan sekali. Rasulullah ke, puak parsi ke, Rom ke, Spartan ke, dia punya ketua atau panglima duduk depan sekali. Firaun dulu pun bila perang dia duduk depan sekali. Tapi zaman sekarang, dia punya kepala cuma rileks dalam bilik aircond. Pantau saja dari jauh pakai binocular. Bagi order guna walkie-talkie sambil makan choki-choki. Hipotesis yang dapat dibuat, semakin tinggi pangkat lu, semakin ke belakanglah lu ketika bertempur.

Tapi, apa boleh buat. Itu dah memang adat gaduh cara triad. Peduli apa sejati ke bacul. Janji puas hati. Tapi kan, lu still boleh table talk.

Genji Takiya.. Contoh taiko berkaliber.. Berada di depan sekali bila bertempur.


Fighter Sejati

Lu pernah tengok tak fighter bertumbuk kat dalam gelanggang. Cukuplah sekadar lu tengok kat dalam filem. Fighter sejati takkan bertempur guna senjata kalau lawannya tangan kosong. Katakanlah senjata yang dipegang  lawannya terjatuh pun, dia akan kutip dan serah balik pada tuannya. Sebab dia tidak mahu perlawanan berlangsung dalam keadaan berat sebelah. Jika dia menang dengan cara kotor dalam perlawanan yang berat sebelah, kemanisan kemenangan tidak akan dapat dirasai. Lu rasa best ke menang guna taktik kotor?

Fighter sejati juga tidak akan lanyak lawannya yang sudah lemah hingga mati. Lawan yang tewas juga akan mengiktiraf kemenangan pihak lawannya dengan rela hati disusuli dengan jabat tangan. Silap-silap boleh lepak minum kopi semeja makan roti canai. Mereka bergaduh hanya pada tempat yang sepatutnya. Bukan meleret-leret berdendam melibatkan semua perkara. Tak dapat yang dicari, dibunuh pula family yang dicari. Itu cara kongsi gelap. Seorang fighter sejati hanya tunjuk kuat dalam gelanggang. Bukan pada tempat lain dan juga bukan di keyboard.

Ip Man.. Contoh watak fighter sejati..

Tak payahla pukul-pukul orang. Tak payahla nak gaduh bertumbuk. Lu orang hanya dapat sakit. Sedangkan syaitan bergembira tepuk tangan sambil menyanyi lagu Lady Gaga bila tengok umat Islam gaduh. Gunalah kekuatan dan kesamsengan yang ada dalam diri lu orang tu untuk melaksanakan tanggungjawab lu orang sebagai khalifah di muka bumi Allah ini. Allah turunkan kita kat muka bumi ni untuk bantu dan tegakkan agama Dia. Bukannya bergaduh sesama manusia.

Fighter yang benar-benar sejati adalah yang dapat mengawal nafsu amarah dan bersabar.

“Bukan ukuran kekuatan seseorang itu dengan bergusti tetapi orang yang kuat itu adalah orang yang mampu mengawal hawa nafsu ketika marah.” - Hadis Riwayat Al-Bukhari

p/s : Penggunaan kata gantinama 'lu gua' dalam entry ini sekadar ingin membangkit mood gangster. heheh



SZ : Aku bertumbuk dengan pokok pisang je.

11 360 juta komen:

Hansyirah Takezur said...

err.. cam ada makna tersirat je?
fight sape nie? anon? hehe. :p

fRaMe+LenSeS said...

Okeh ang mmg gengster. *mood takut :p

diana said...

lepas pukul orang canang kat facebook..
lepas tu bangga sorang2 sampai kembang hidung bila ramai puji "cool".
hehehh

Kakzakie said...

Ketua gangster main fulus aje sekarang nie dik... dari source mana duit tu tak perlu tanyalah.

Tapi jgn tak tahu kadang kerana air yg setitik demi setitik itu akhirnya terkumpul akan jadi takungan air yg boleh memecah bongkah batu kapur yg sebenarnya dah kian rapuh... tunggu dan lihat kalau panjang umur..

Syafiq Ahadin said...

ada ke suami isteri pakai gua lu? hahahahahaha!

Anum said...

great

Solihin Zubir said...

@Hansyirah Takezur : anon? tiada kena mengena dgn anon....

Iffah Afeefah said...

lame tak belasah org

#taknaksakitlangsung

Liza Abu Bakar said...

esok lusa bila dpt hidayah & insaf mulalah menangis sorang2 terkenangkan sifat buruk suka memukul org. org dah kata itu salah dlm Islam pukul2 org suka2 hati, jadi jauhilah sifat tu kan. sedih tengok, moga Allah beri petunjuk.. suka entry ni.

adan said...

bila sebut sal perang aku teringat lak cara perang dulu2.. perang zaman Rasulullah s.a.w.. sebelum tempur dorang akan dahulukan pahlawan terhebat fight 1 by 1 1st..

adan said...

bila sebut sal perang aku teringat lak cara perang dulu2.. perang zaman Rasulullah s.a.w.. sebelum tempur dorang akan dahulukan pahlawan terhebat fight 1 by 1 1st..