Wednesday, May 16, 2012

5 Kelebihan Menjadi Seorang Guru

Kerjaya sebagai seorang guru ini merupakan satu kerjaya yang sangat unik dan mempunyai banyak keistimewaannya. Jadi, sempena Hari Guru pada 16 Mei hari ini, saya selaku Pengetua Blog SZ.com ingin berkongsi dengan anak-anak semua mengenai kelebihan menjadi seorang guru. Mak saya cikgu. So, saya senaraikan serba sedikit apa yang saya nampak pada mak saya untuk bacaan anak-anak sekalian.



1. Panggilan Cikgu

Antara kerjaya yang menggunakan nama kerjaya tersebut sebagai panggilan adalah Guru selain doktor dan chef. Baik murid-murid, mahupun orang kampung semua akan memanggil anda Cikgu sehinggalah anda mati.  Contohnya, Cikgu Zubir, Teacher Norhaliza, Ustaz Aaron, Ustazah Neelofa. Kerja Bomba ada dia panggil kau Bomba Ramli? Posmen Saad? Tukang Paip Roslan? Hado?


2. Dikenali Ramai

Bukan hanya dikenali dikalangan guru. Tapi juga dikalangan murid-murid. Jika seorang cikgu mengajar di sebuah sekolah sahaja selama 30 tahun, bayangkan berapa ratus ribu student yang mengenalinya. Itu belum lagi yang jenis pindah randah sekolah. Semakin banyak sekolah yang diajar, semakin berkembanglah network anda. Ke mana saja anda pergi, anda akan akan disapa oleh murid anda jika terserempak dengan mereka. Hatta sehingga mereka sudah bekerjaya sekalipun nanti. Bukankan itu retis?

Pergi bank, "Eh! Cikgu. Dah 100 tahun tak jumpa. Saya kerja bank sekarang."

Pergi kedai makan, "Eh! Cikgu rupanya. Tak apa. Hari ini saya belanja, tak payah bayar. Saya tauke restoran ni."

Pergi tandas awam, "Eh! Cikgu silap orang ni. Saya bukan student cikgu." (Ini satu hal jugak bila jumpa cikgu, lari. Sebab malu dulu malas belajar. Itu yang kerja jaga toilet je sekarang.)

Itu belum dikira yang datang berhari raya ataupun kenduri kendara. Penuh dengan kenalan yang terdiri daripada rakan secikgu, murid-murid mahupun mak bapak murid.


3. Dapat Banyak Hadiah

Jika anda seorang cikgu yang awesome, pasti akan lebih disayangi ramai murid. Maka, makin bertimbunlah hadiah yang bakal diterima terutamanya setiap kali tiba Hari Guru. So, jadilah cikgu yang awesome. Bagi yang mempunyai murid yang berpendirian bahawa Hari Guru mesti disambut hari-hari macam Hari Ibu, untungla. Eh. ;-p


4. Cuti Banyak dan Kerja Separuh Hari

Ini antara satu sebab orang suka cakap, "Kalau nak cari isteri, carilah yang kerja sebagai cikgu." Sebab apa? Sebab dapat luangkan masa yang lebih bersama family. Bila anak sekolah, mak pun pergi sekolah. Bila mak cuti, si anak pun cuti. Cuti panjang pulak tu. Tapi gaji tetap jalan. Ye dop? Kerja pulak separuh hari. Bagi yang mengajar pagi, pukul 2.00 dah boleh lepak kat rumah. Bagi yang rajin, boleh buat side income or part time. Kalau nak kupas bab kelebihan ada isteri cikgu ni memang banyak.


5. Ganjaran Pahala Yang Berpanjangan

Inilah kelebihan yang paling utama sekali. Ilmu adalah harta yang tidak ternilai. Tidak kiralah apa jenis ilmu sekalipun selagi ianya memberi manfaat dan diamalkan, selagi itulah ganjaran pahala akan dikecapi oleh orang yang mengajar ilmu tersebut walaupun dia telah meninggal dunia.

Sabda Nabi SAW mafhumnya :


"Apabila seseorang itu meninggal dunia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, anak soleh yang mendoakannya". (Riwayat Muslim)

"Bahawasaya Allah SWT, malaikat-malaikat, isi langit dan bumiNya sehinggalah semut di dalam lubang dan ikan di dalam laut, semuanya berdoa untuk orang yang mengajarkan manusia " (Riwayat Tarmidzi)


Begitulah tingginya darjat seorang Guru di sisi Allah dan Islam.

*****************************

Ok, cukuplah setakat 5. Nak senarai dan kupas semua, 1001 malam pun tak habis.



p/s : sila klik Jenis-jenis Guru



SZ : Tak dapat jadi guru di sekolah, jadi guru kepada isteri dan anak-anak nanti pun jadi la..

23 360 juta komen:

Hansyitake said...

selamat hari guru mudir SZ.
gigih betul. dah la keje sorang2.

nak hadiah ke? keh3.

chEntA said...

Nice!

Kakzakie said...

Cikgu sekarang banyak cabarannya SZ. Mahu jadikan anak murid jadi 'orang' tapi akibatnya ada sampai kena turun-naik court. Kesian kan...

Lagi pula sekarang tugasan bukan boleh balik zap terus tapi kadang org yg kerja pejabat dah balik cikgu masih belum balik - dekat padang sekolah...

Ganjaran itulah yg pasti menjadi saham akhirat yg tidak ternilai insya-allah... Selamat hari guru buat semua cikgu...

Anum said...

selamat hari guru

diana said...

akak tak boleh jadi guru..takut mak ayah datang serang kat sekolah..

Yatie Awang said...

akak paling setuju yang no 1 haha

aina mania said...

yeehaaa~ selamat hari guru untuk kami, cikgu-cikgu!

walaupun setiap tahun cabaran dan dugaan guru semakin bertambah, it all seems to disappear saat hari guru tiba :). Hari yang ditunggu-tunggu apabila guru di layan seperti raja (hiperbola disitu) :P

imantizz_truper said...

jadi cikgu memang best..boleh balik awal...huhuhu

bai baizura said...

selamat hari guru yek mudir SZ. haha.:p

mohon nak jd cikgu-,- pliss

Nana said...

hmm.kalau jadi lecturer pun cikgu gak..tp malangnya lecturer xde pun yg dpt hadiah..sob sob

Fz27 said...

cikgu yang ada semangat mengajar akan memikirkan bagaimana mahu memajukan anak didik dia sehingga berjaya....

RnRMy said...

Jom jadi cikgu berjemaah :D

RnRMy said...

Banner xchange done :)

Nafisa81 said...

nak sgt jadik cikgu..tp bukan rezeki..

~~zana@pb~~ said...

Ada juga cikgu yg sekadar cikgu saja. Makan gaji buta, ponteng mengajar setiap minggu, belasah anak murid ikut suka hati. Tak percaya tanya hubby akak tu, makan hati dia tengok perangai cikgu mcm ni. Apalah ganjaran yg dia dapat ye?

Puteri Iqa Izyan said...

selalu lari bila jumpa cikgu. muahahaha. tapi kerjaya ckgu ni bagus. nak cai future laki cikgu la. hohohoho

Nightroad said...

Aku perasan pic Jack Black dr cter School of Rock je, ha3..

Sunah Sakura said...

tetiba rasa macam nak jadi cikgu...nak amek degree balik la...=.=

Amna Qadeeja said...

nak jadi cikgula gini. tuan pengetua nak kawen ngan kita tak? byk kelebihan kalo bini cikgu ni haa haa kahkahkah ;D

misz aisya said...

salam. ehem2. sy bakal cikgu.

ade lagi yg awok xtulis ttg kelebihan jdi cikgu. cikgu perempuan yg bujang sgt2 dikehendaki dan laris di pasaran. haha. mkcik2 tu tau je kite ni bakal cikgu, mula lah nak kenen ngan org itu org ini. atas tiket, CIKGU. hahaha.

lps prkatikum hari tu, brtambah jatu cinta dgn profesion perguruan. latih diri bnyk sabar. seriously. :)

Anonymous said...

awesome!!!!!!

Joseph said...

paling setuju no.5 . :)

Joseph said...

pling suka no.5