Sunday, April 8, 2012

Apa Itu Easter Day, Good Friday, Simbolik Arnab dan Telur Warna-warni?

Dulu setiap kali aku menyelak kalendar kuda, aku sering tertanya-tanya apa itu Good Friday. Jumaat Bagus ke hape? Dan kenapa ada arnab dengan telur yang bercorak warna-warni tu. Apa kaitannya dengan Jumaat Bagus tu? Kena sembelih arnab dan makan telur ke pada hari tu? Maklumlah, otak budak lagi. Rupa-rupanya itu perayaan puak kafir.



Apa itu Easter Day dan Good Friday?

Perayaan Easter ini adalah antara perayaan utama pengganut Kristian seperti Hari Krismas. Hari Easter merupakan kepercayaan mereka bahawa Jesus Christ telah dihidupkan kembali (dibangkitkan) pada hari Ahad itu. Lazimnya ia disambut antara akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi penganut Kristian Timur), menurut kitaran bulan.

Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci (Holy Week) disambut oleh mereka dan pada Jumaat sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday iaitu hari Jesus telah disalib. Pada Ahad Palma (Palm Sunday) yang menandakan permulaan Minggu Suci, setiap penganut akan diberikan daun palma yang telah diurapi oleh para paderi.

Simbolik Arnab dan Telur Berwarna-warni

Perayaan Easter terkenal dengan pemberian telur berwarna-warni yang berisikan coklat. Tradisi memberi telur sebenarnya bukan tradisi Kristian tetapi merupakan tradisi kuno Yunani merayakan datangnya musim bunga. Perayaan musim ini selalunya dirayakan dengan meriah mengiringi kegembiraan meninggalkan musim dingin yang suram dan beku. Telur adalah lambang kesuburan. =.='

Arnab Easter merupakan watak berupa arnab yang membawa telur Easter. Mengikut legenda, makhluk ini membawakan bakul berisi telur berwarna-warni, gula-gula dan mainan kepada kanak-kanak di rumah pada malam Easter (atau Paska). Arnab Easter akan meletakkan bakul di tempat yang tertentu, ataupun menyorokkannya dalam rumah atau halaman supaya kanak-kanak boleh mencarinya sebaik sahaja bangun pada waktu pagi.

Arnab Easter ni lebih kurang macam watak Santa Claus pada musim Krismas la..



*Rujukan : wikipedia , wikipedia , logon.org

p/s : So, dah tau tak payah gatai nak sambut or wish jika anda Islam..

SZ : Lama tak makan sate arnab. #tetibe

18 360 juta komen:

nurdani said...

sekarang dah tahu

Aretikz said...

Aku suka cuti jak.. yg len aku xamek pusing.. ahakz..

Tapi Sabah, Sarawak jak cuti.. kan?

Jue AbdRahman said...

err sebenarnye tak penah nk amek tau pun mende2 ni sume, tp sbb dh tau ni kene le beringat..

sate arnab? tak penah cube lg.. apepun sate kerang gak yg sedap :D

hana said...

haa..
bru tahu..
comel la telur warna warni tu..
=D

Syafiq Ahadin said...

kat sabah je kan sambut. eh?? huhu! hari yang ditunggu untuk student asrama nak balik. hehe!

thanks!

azwa amani said...

amani ada tengok cter kartun pasal arnab ester ni.. tapi x faham sgt.. sekrg baru faham :)

[wani_mn] said...

untungla saya tak pernah celebrate. haha

nice sharing SZ.

Nafisa81 said...

ade satu movie pasal easter bunny ni...tak ingat pulak tajuknya

adan said...

aku lagi dahsyat.. zaman ribena dulu aku ingatkan good friday ni konon2nya hari penting bg umat islam.. ==

Wanita Bertudung Hitam said...

@adan hahaha! mmg dasyat tuh..dasyat smp dahsyat ejaannyer ^_~

Nana said...

haram bg org islam kalau menyambutnya kan?

Solihin Zubir said...

@Nana : sudah semestinya... =)

imantizz_truper said...

ooo...gitu rupanya..jgn makan sate arnab..arnab kan makhluk Allah yg paling cute...sadis sungguh la SZ nie...

steffany daph said...

kekeke, sate arnab? tak pnah lagi. XD

Anonymous said...

Hoi, Bodoh, Ini perayaan untuk umau Kristian sahajalah. Memanglah orang Islam tak boleh sambut. Macam katak bawah tempurung saje... huh

Solihin Zubir said...

@Anonymous : ??? amboiiiii.. tak baik ckp kt org yg tak tahu dgn pggilan BODOH. tak semua org PANDAI mcm hang Anon oii.. Jgn smpai Allah tarik balik kePANDAIan hg tu.. heheh..

gobuk1990 said...

Sabah sarawak je,,tak adil la,,smnjung knpa tk cuti?

eylia said...

haha..mse tgok rise of guardians hari tuu x phm gakk ap laa keje si bunny neyy...skunk br phm :)