Monday, February 20, 2012

Perang Akhir Zaman Bakal Menggunakan Senjata Tradisional?

Hancurnya bangsa Yahudi merupakan salah satu dari tanda-tanda datangnya hari kiamat. Hal ini bermula dengan sebuah peperangan besar yang melibatkan banyak bangsa di dunia termasuk bangsa Israel. Sebelum terjadi peperangan ini, terdapat beberapa peristiwa lain yang membawa kepada terjadinya peperangan ini menurut kronologi hadis akhir zaman hasil kajian ilmuan Islam. Antaranya, Pencerobohan ke Atas Iraq dan Serangan Israel ke atas Gaza. Rancangan Israel sudah lama untuk mewujudkan perang yang dipanjangkan kepada Perang Dunia Ketiga dan dijangka bakal berlaku tidak lama lagi.

Pertempuran dahsyat ini dikenali sebagai Armageddon, di mana lokasi utama perang ini adalah di lembah Megiddo/Mageddon, Palestin. Mungkin ada yang menganggap Perang Armageddon hanyalah sebuah filem rekaan hollywood. Realitinya hollywood yang didokong oleh yahudi sememangnya ingin memesongkan fakta tentang Armageddon ini melalui propaganda filem. Padahal di kalangan para ahli kitab mereka telah mengkaji tentang peperangan ini dan senantiasa bersiap sedia untuk menghadapinya.


Disebutkan dalam Kitab Zakharia (89/13), bahawa sebahagian besar bangsa Yahudi akan mati dalam perang Armageddon dan dua pertiga dari mereka akan musnah. Sedangkan dalam kitab Zagiyal (12/39) disebutkan :”Akan berlangsung tujuh bulan sehingga rumah Israel berhasil mengubur mereka (orang-orang mereka yang terbunuh) sebelum membersihkan bumi”.

Sebutan Armageddon sebenarnya tidak terdapat dalam mana-mana Hadis. Hanya disebut dalam kajian-kajian sarjana Kristen dan Ahli Kitab. Menurut bahasa Ibrani, Ar bermaksud gunung atau bukit. Mageddo pula adalah nama sebuah lembah di Palestin. Sebuah tempat yang cukup strategik dari segi peperangan. Perang ini juga dikatakan sebagai perang habis-habisan dengan menggunakan seluruh kekuatan pelbagai peralatan senjata moden yang canggih. Mungkin perang itu adalah Perang Dunia ketiga yang disebut-sebut sebagai Perang Nuklear.

Ramai yang mengatakan Perang Dunia Ketiga, bom nuklear akan digunakan. Ada diceritakan juga dalam kitab Bahrul Mazi. Perang Dunia Ketiga yang diramal akan berlaku dalam tempoh yang singkat. Tetapi, kemusnahannya amat dahsyat. Sehingga dikatakan dunia selepas itu akan kembali menjadi seperti Zaman Pertengahan di mana siri peperangan seterusnya, bala tentera akan hanya menunggang kuda serta bersenjatakan pedang seperti perang zaman dahulu.

"Jika Perang Dunia Ketiga adalah berjuang dengan senjata nuklear, yang ke empat akan diperjuangkan dengan busur dan anak panah." - Louis Lord Mountbatten

"Saya tidak tahu dengan apa senjata Perang Dunia Ketiga akan diperjuangkan, tetapi Perang Dunia Keempat akan diperjuangkan dengan kayu dan batu." - Albert Einstein

Adakah Albert Einstein tidak mahu mengakui Perang Dunia Ke-3 ini bakal menggunakan teknologi bom nuklear yang merupakan hasil ciptaannya? Dan selepas itu, Perang Dunia Ke-4 dikatakan akan meletus yang mana senjata yang digunakan adalah pedang. Ini disebabkan teknologi semua tidak boleh digunakan lagi pada masa itu dek kerana kesan EMP (electromagnetic pulse) daripada senjata nuklear itu sendiri semasa tercetusnya Perang Dunia Ketiga. Jadi, kekuatan bala tentera ketika Perang Dunia Keempat nanti adalah seimbang dan tidak berat sebelah kerana semuanya menggunakan peralatan perang yang sama.

Malah, ada sebahagian hadis yang menekankan akhir zaman nanti akan berlakunya perang menggunakan pedang dan Dajjal akan disembelih dengan pedang. Hadis Nabi juga ada menyebut, Yahudi Zionis pengecut akan bersembunyi di balik-balik batu dan kayu dan hanya selamat di belakang pokok Yahudi iaitu pokok Gharqad, yang banyak di tanam sekarang di Israel.

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah seluruh umat Islam berperang dengan seluruh Yahudi. Umat Islam akan membunuh mereka sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar datanglah kamu ke sini dan bunuhlah orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi". (Hadith Sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Jadi, adakah disebabkan itu Rasulullah menggalakkan kita belajar Berkuda, Berenang dan Memanah? SILA KLIK Kenapa Perlu Belajar Berkuda, Berenang dan Memanah?


Wallahu'alam....




Nak tahu dengan lebih lanjut, boleh baca buku kat bawah ni :
ARMAGEDDON : Peperangan Akhir Zaman Menurut Al-Quran, Hadis, Taurat dan Injil.

SZ : Sebelum sibuk nak perang, siapkan diri dengan iman dan amal dahulu supaya mendapat redha Allah.

13 360 juta komen:

Aretikz said...

Setuju dengan ayat yang last, sebab tanpa iman, hanya ketakutan yang menyelubungi diri..

Sungguh syurga rindukan para mujahidin yang syahid.. Semoga diriku tergolong dalam golongan tersebut.. amin.. ^^

Ahmad Zaki said...

Assalamualaikum......

Sebelum ini saya pernah membaca beberapa artikel mengenai peperangan sebelum tiba "penamat akhir zaman".

Dikhabarkan pihak Yahudi Zionis telah membuat sejumlah pedang dari bahan Titanium (sejenis logam yang sangat padu dan kuat) yang sangat besar jumlahnya sebagai persediaan untuk "peperangan secara tradisional" melawan umat Islam.

Ayuh umat Islam, saudara saudari ku, asahlah ilmu dan iman kalian bagi menghadapi "saat akhir itu"... Biarkan musuh-musuh Islam mengasah senjata kerna bagi kita ilmu dan iman itu adalah senjata yang paling ampuh bagi menangani musuh-musuh Islam dan ditambah lagi iaitu doa sebagai senjata umat Islam.

Bagi yang tidak faham kenapa "doa" itu dikatakan senjata, sila rujuk buku2 agama atau yg terbaik guru agama di surau2 dan di masjid2. Pastikan gur agama Islam itu tidak sesat dari segi akidahnya...

Anonymous said...

Ade ke nnti perang dunia ke4??

Sunah Sakura said...

best! suka kajian macam ni...baru tahu gak tentang lembah Maggedo tu..huhu...

alhamdulillah..thanks sz berkongsi ilmu ni...

Solihin Zubir said...

@Ahmad Zaki wslm.. terima kasih atas maklumat yg diberi..

Solihin Zubir said...

@Anonymous wallahu'alam.. jika berdasarkan hadis dan kitab2, akan ada perang akhir zaman.. tak tahulah keempat, kelima ataupun ke100.. tp pasti ada..

Hansyirah Takezur said...

kreatif betul puak2 yahudi ni kalau bab2 bagi nama. ar-mageddo jadi armageddon.

em,kena berperang ngan diri sendiri dlu sblm menghadapi perang2 besar mcm ni. setiap manusia pon ada musuh dalam dirinya sendiri. barulah kemudian kita betul2 sedia nak hadapi peperangan besar mcm ni..

sebab tu kena ubah paradigma. kan?

Anonymous said...

World War III = 2015
Be prepared...

Anonymous said...

World War III = 2015
Be prepared..

Anonymous said...

Aku kristian.. Memang disebut dalam kitab kami.. Israil kalah dunia akan dimusnahkan.. Ingat dunia ini adalah neraka..bangkai Yg mati akan terselamat, yg hidup akan menjalani hukum neraka.. Bumi adalah neraka pada akhir zaman..

Tgk.saifullah andespul (sawang aceh utara) said...

Masuk islam kawan ku cepat cepat sebelum terlambat supaya kita se iman dan mudah mudahan kita bertemu di surga nanti

Anonymous said...

Hanya allah yang tahu

zubair said...

Aku bersaksi Tiada tuhan melainkan allah. Muhammad itu pesuruh allah