Sunday, January 15, 2012

Beza Hari Keputeraan Sultan Kedah dan Yang Dipertuan Agong

Hari ini, 15 Januari 2012 merupakan Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Negeri Kedah Darul Aman. Walaubagaimanapun, ada yang keliru dan menganggap hari ini juga merupakan Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong. Sebenarnya, walaupun Sultan Kedah memegang jawatan Yang Di-Pertuan Agong sekarang, sambutan Hari Keputeraannya tidak sama.

Tarikh rasmi Hari Keputeraan YDP Agong

Hari keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong secara rasminya di sambut sebagai cuti umum seluruh negara pada setiap hari Sabtu pertama pada bulan Jun, tidak mengambilkira tarikh hari keputeraan sebenar mana-mana Sultan, Raja, Yang di-Pertuan Besar atau Yang Dipertua Negeri yang sedang memegang jawatan Yang Di Pertuan Agong.

Bagi tahun 2012 ini, hari Sabtu pertama bagi bulan Jun adalah pada tarikh 2 Jun 2012 manakala tarikh Hari keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi tahun 2013 ialah 1 Jun, 7 Jun bagi tahun 2014 dan 6 Jun bagi tahun 2015.

Hari Keputeraan Sultan Kedah

Sultan Kedah iaitu Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Sultan Badlishah sebenarnya dilahirkan pada 28 November 1927. Manakala sambutan Hari Keputeraan Baginda pada tahun ini jatuh pada 15 Januari 2012. Disambut pada setiap hari Ahad minggu ketiga bulan Januari. Walaubagaimanapun, tarikh sambutan tersebut boleh dipinda kerana sebelum ini pernah juga disambut pada bulan lain.

*rujukan : wikipedia , carigold


Sebagai seorang rakyat Kedah dan merupakan anak jati negeri Jelapang Padi ini, patik ingin mengambil kesempatan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah sempena Hari Keputeraan Ke-84 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mua’dzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman. Pada hari Ahad, 15 Januari 2012 bersamaan 21 Safar 1433H. Semoga Allah SWT lanjutkan usia Tuanku. Ikhlas dari patik.

SZ : Semoga entry ini dapat membantu menjawab persoalan kepada pihak yang bertanya tentang kekeliruan ini. So, tiada cuti ganti pada hari Isnin besok bagi rakyat negeri lain ok. Heheh..

11 360 juta komen:

fariha said...

da brulag kali baca. tapi still blur. huhu

Yatie Awang said...

wah...double cutilah ni...bestnya

patutlah akak buka tak boleh2..ok, akak tukar nanti

Niza Romli said...

Daulat tuanku!


tempat tinggal kat kedah, keja kat penang...memang tak dapat la nak rasa cuti ganti di kedah ;(

Sunah Sakura said...

oooo...alaaa..ingatkan cuti esok...hurmmmmmmm

*ceh, nak cuti aje kan!*

azwa amani said...

owhh..mcm tu ye.. heheh :)

Siti Safiyyah said...

oh baru paham. rupanya selama ni ss syok sendiri lah. ingatkan agong sama tarikh lahir dgn ss. T___T

Hansyitake~ said...

erk, camtu ka?

ingatkan agong lahir 2x. =_="

hoho..

untunglaa boleh pinda2 bday nie.

birthday sy, sy bg rakyat AS cuti sb independence day depa.

Aretikz said...

Aish, baru nak cuti.. haha..

Iffah Afeefah said...

oo mcm tu eh

org slngor xdpt cuti la gni

premium beautiful said...

Google2 dpt entry ni. Saya dengar ada company yg declare 11/4/12 ni sebagai Hari Keputeraaan Yang Dipertuan Agong...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~
www.shakhalid.com

Solihin Zubir said...

@premium beautiful : Maaf saudara.. Bukannkah 11 April ini hari pertabalan Agong? Bukannya hari keputeraan...