Thursday, December 1, 2011

Dialog Aku Benci Semua Lelaki dan Perempuan

Lelaki emo : Aku benci perempuan.. Perempuan semua sama! Mencik!
Perempuan emo : Aku benci lelaki.. Lelaki semua sama! Mencik! Mencik! Mencik!
Statement emo : Disebabkan oleh seorang lelaki, perempuan boleh benci dan tak percaya pada lelaki lagi.
Statement hilang akal : #@%$!&*(+@#$%%! (Mencarut memaki hamun bahawa semua lelaki/wanita adalah durjana)
Itulah luahan yang biasa kita dengar apabila seseorang itu frust bercinta. Kebiasaannya jika aku terbaca atau dengar ayat orang hilang akal tersebut, aku akan balas macam kat bawah ni. Ini adalah contoh dialog. Aku ambil contoh, perempuan lah ye. Sebab perempuan yang selalu buat statement ni. Yela.. Lelaki kan semua sama je. ;-p Kalau nak tuju kat lelaki, pandai-pandailah buat olahan sendiri tukar mana yang patut. Jangan risau. Aku bukan seorang yang mengamalkan sikap perkauman antara lelaki dan wanita.

*********************************

Gadis : Aku benci lelaki. Lelaki semua sama ja! Syaitan! Durjana!

Aku : Ayah, abang dan atuk kau tu perempuan ke?

Gadis : Mestilah diorang lelaki. Kenapa tanya macam tu?

Aku : Abis tu tadi, cakap benci semua lelaki?

Gadis : Ok, tukar. Aku benci semua lelaki kecuali family aku!

Aku : Rasulullah saw, para rasul dan nabi-nabi, para sahabat, para tabi'in, para salafussololeh, ulama' dan imam besar tu bukan lelaki?

Gadis : Kenapa nak kaitkan dengan mereka pulak!

Aku : Dah cakap semua lelaki?

Gadis kecewa : Ok, tukar lagi. Semua lelaki yang aku jumpa sama je! Semua lelaki yang aku kenal sama je!

Aku : Lebih kurang je pun. Tak pernah jumpa mak ayah?

Gadis : Mana sama. Cuba faham betul-betul. Mak Ayah tu kita jumpa ke? Kita cuba mengenali ke? Jawapannya tak. Sebab mak ayah tu memang sentiasa ada dengan kita sejak lahir lagi. So, tak ada kena mengena dengan mak ayah.

Aku : Ni nak cuba putar belit ayat ke? Still nak menghalalkan statement tersebut?

Gadis : Statement pun ada halal haram?

Aku : Dah tu, ingat minum arak dan zina saja haram? Kalau dah statement tersebut boleh mengundang fitnah dan kebencian terhadap makhluk Allah lain yang tidak bersalah dan tidak ada kena mengena dengan hal tersebut.

Gadis : Tapi, kalau selama aku menjalinkan hubungan dan semua pasangan aku bermasalah, tak salah kalau aku cakap semua lelaki yang aku kenal tu sama.

Aku : Kau cakap tadi, semua lelaki yang kau kenal sama je. Dalam hidup kau, kau pernah kenal berapa ramai lelaki? Takkan semua lelaki yang kau kenal, kau pernah bercinta dengan dia? Statement 'SEMUA LELAKI' adalah terlalu umum. Susah sangatkah kau nak mention nama dia seorang saja? Kalau dah benci sangat macam nak mati tu, cakap kau benci pakwe kau tu dah la. Kenapa mesti nak babitkan orang lain?

Gadis : Yelah.. menang kat kau. Bajet bagus pulak mamat ni.

Aku : Ini bukan soal kalah menang atau bajet bagus. Kau kena terima hakikat. Jangan terlalu mengikut perasaan. Hentikanlah buat statement macam orang hilang akal tu. Bawaklah mengucap sama. Ingat Allah. Dia yang mengaturkan semua ini.

Gadis : Tak kira! Aku nak cakap jugak. Lelaki semua sama! Aku benci semua lelaki kat dunia ni.

Aku : Ok. Kalau macam tu, aku tak boleh nak cakap apa dah. Hati kau terlalu keras. Ego kau terlalu tinggi. Nanti kalau kau dah kemaruk nak kahwin nanti, silalah jilat ludah kau balik dengan penuh berselera ye. Bye.

*********************************

Tahukah anda? Statement terlalu mengikut perasaan mencerminkan kebodohan diri. Inilah akibat terlalu taksub dengan cinta manusia melebihi cinta kepada Allah. Apabila dikecewakan oleh cuma seorang insan, habis kesemua makhluk Allah lain yang tiada kaitan dipersalahkannya. Seolah-olah dia tidak redha dengan qada-qadar Allah. Dia tidak dapat terima yang jodoh pertemuan dan perpisahan itu adalah hak Allah. Jika kau tidak redha dengan ketentuan-Nya, kau adalah hamba Allah yang derhaka. Cintailah Yang Maha Mencintai. Pasti anda tidak akan pernah kecewa.

p/s : Awal tahun dulu, aku pernah jugak up pasal ni dalam blog. Lain sikit versi dia. Kalau belum baca, boleh klik entry Lelaki Semua Sama! Aku Benci Lelaki!

status facebook yang aku update semalam

SZ : Aku pun pernah 'hilang akal' bila frust. Tapi janganlah nak salahkan SEMUA orang. Cuba salahkan diri sendiri. Tak paham, tanya Cikgu BM.

43 360 juta komen:

Syafiq Ahadin said...

RT (eh, ada rtweet gak ke?): Nanti kalau kau dah kemaruk nak kahwin nanti, silalah jilat ludah kau balik dengan penuh berselera ye. Bye.

Haha! Like yang teramat! Pi jilat ludah diorang sendiri. Bluekk!

ARC™ said...

Kalau nak kenal semua ikan dalam semua lautan,

carilah All Blue.

diana said...

entah,..
marahkan nyamuk kelambu dibakar...
tak patut...

Anonymous said...

sangat2 setuju.jgn nk hukum semua org sbb sorg je yg pernah lukakan kita kan


aishahzin

Yatie Awang said...

stetmen perempuan ek, ok tak pe, orang yang betul2 kecewa tu, taksub benar pada cinta....ala...bercinta dengan manusia ni, ala kadar cukuplah...walaupun kita tahu dia itu cinta sejati kita

Zaf98 said...

hahaa! "Nanti kalau kau dah kemaruk nak kahwin nanti, silalah jilat ludah kau balik dengan penuh berselera ye." terbaek! "Yelah.. menang kat kau. Bajet bagus pulak mamat ni." hahaa! dah kalah! huhuu~ senang² takyah becinte~

ARC™: itu dlm 0ne piece, dlm dunia sebena ade ke?

Miziey said...

Betul! salahkan diri sendiri. Jadi, bencik diri sendiri. Hahah.

IzyanKaher said...

gadis say : ahhh ! Semua lelaki sama je..tak guna..

#solihin, mybe u should jawab balik macam ni: mcm mne kau tau,siapa suruh kau test semua,kau lagi tak gune =D

sure this 'gadis' senyap and your entry pon tak panjang berjela macam ni ^^

new entry : http://supersapienstory.blogspot.com/2011/11/heart-of-december.html

محمد رازيق said...

betul.. tak semua laki adalah leaki, tak semua perempuan adalah perempuan.. eh silap (bhaya statement ni) hehe.. btw, nice entry der.. jangan kita duk salahkan org je, pastu tuduhan random plak tuh..

Anum said...

hahahah
salahkan diri sendiri ok

dark said...

hahaha...baru nk up cte cmnie...tp SZ pny penerangan lg awesome...hehehe..

=)

Puteri Iqa Izyan said...

memang statement perempuan. =))

aku pun selalu jugak cakap macam ni. hehe.
kadang2 terlepas. ishh.

lepas ni aku akan mention nama orang tu kalau aku benci dia. haha

Iffah Afeefah said...

ntah la

org bile emo

asyik ikot emosi

emosi mendahului akal

azwa amani said...

aku mencik sz..hikhikhik...

Mohamadazhan.com said...

aku bakal cikgu bm..leh tnya tu.keh3..

xpa bro..bukan jodoh tu...ada rupa, ada agama...ramai awek berebut2 nanti.hehe

Cikya said...

ni masalah timbul bila nak pukul rata semua salah pakwe dia, kat semua lelaki...
emo hard core ni...
ce tunggu time dia tengah hot berchentaa..
berbakul pujian pulak masuk...

hati kat mulut--> tangan taip kat fesbuk. contoh

Bella Bell said...

betul tu. saya setuju. bukan SEMUA orang sama :)

HujanMenjerit said...

sedap kena sound girl tu. hihi. bila kemarahan yang terlampau menguasai diri, camni la yang jadi. habis semua orang dia nak marah. -_-"
mintak2 diri pn tak macam tu. amin.

hana said...

hahaha
orng2 emo je mcm ni...
nth pe2..

Tasha said...

buat statment dlm hati je , xpayah pukul canang itu ini...sok2 bcinta ayat bunga2 balik,manusia2. hehe

GamUHU said...

aku ada kawan pempuan macam ni.

qasehraihan said...

saya xpernah slhkan org lain bila frust..sbb sy baik..kahkahkah

Norashiqin Kamaruzaman said...

huhuhu....memang benda ni slalu berlaku....maybe sbb dia pernah bercinta ngn putus bnyk kali...


heheh,
sbb tulah kekadang ade je kes2 perempuan jadi tomboi or penkid terus....huhu....tomboi ok lg la....klu pengkid tu huhh....tak boleh kata apa2 snyum jela... erkk...



hehhe, sy pon bkn nk mnangkan mana2 pihak, so nk gak ckp laki pon ade mcm tu jugak....huhuh, tak tahulah sy tersalah rejek ke ape....


tak pasal2 laki tuh keluar ayat "ahhhh semua perempuan sama je!!" huhuhu.... tak taulah maybe dia pnah putus/direjek bnyk kali ke....hohohoho tak pasal2 semua perempuan kena.... lalalalaa~

zikeryhassan said...

kerana nila setitik rosak susu sebelanga. ada kaitan tak?

Sunah Sakura said...

nanti kawen dengan lelaki jugak... =.=

Miss Meen said...

Upss..teringat masa lalu..
Huhu..masa tue selalu pikir apakah aku nie tak cukup bagus untuk dia?
Huhu...masa tuh terlupa pulak nak sumpah seranah dia hihii =P
Tak teringat dek sedih yang melampau...huhu

Aku Benci Lelaki sekiranya.....
faham faham laa sendiri. :)

keri ikhwan said...

kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.
:D

delarocha said...

seeloknya bila tengah marah... diam sahaja... kalau tak macam2 ayat tak elok keluar.

sergeant keroro said...

aku tak emo, haha

Ieja said...

moral of the story, fikir dulu sebelum cakap...heeeee

aimaniman said...

tu la peribahasa kata krana pulut santan binasa, krana mulut badan binasa.. krana cakap x guna akal.. akibatnya kita yg menanggung malu akhirnya.. malah org2 besar pun kekadang 'melatah', kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang, khas tuju kat sharizat yg marah2 tu.. kalau x da apa2 buat apa marah kan? akibat mulut ko, abis reputasi ko...hek...ada kaitan ke? adaaaa...

Hansyirah Takezur said...

so far, ayat tu ayat klise. dah biasa sangat dengar. or we should call it ayat skrip.. ehhe..

tak payah nak emo sangat laa... senang2 tanak salahkan sape2, carik maknyah or pengkid. =="

hoho..

Faiqah Umaira said...

memang selalu perempuan yang banyak cakap macamni sebab perempuan kan lebih emosi berbeanding lelaki tetapi perempuan yang solehah dan sentiasa bertawakkal tidak akan berkata begini, Orang yang bijak dinilai melalui tingkah lakunya, orang yang jahil dinilai melalui percakapannya :)

Nur Misnan said...

Marah itu emosi biasa d setiap manusia namun
atasi dgn berdiam dahulu dan tenangkan diri.

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

aku setuju ayat ko yg last tu..

xperlu cari kesalahan org lain sampai berbakul2.. cari dulu apa kesilapan kita~

SyedGraphiX said...

HAHHA. stuju gila! kalau nak benci org tertentu be specific lahh skit kan. ni tak, semua dapat nama. mmg sakit jiwa agaknya pempuan tu -.- ego nak mampusss

Echin Nadiossa said...

suka statement nih : Statement terlalu mengikut perasaan mencerminkan kebodohan diri

:)..dont be stupid coz of love.hehe

blog-tips-kurus said...

ok saya sangat setuju. susah bagi pemarah itu nak menyebut senarai nama suspek dalam keadaan marah..

*CUCI MATA dengan air zam-zam je bro. :-)

nabByla said...

bella slalu ada masalah dalam bab bercinta nie...

hmm org lelaki kan lau dah sayang kat seseorg mmg dia sggup buat apa saja kew??

a.samad jaafar said...

kadang2.. jgn bisik pada yang pekak, jgn kenyitkan mata pada yang buta..tak gitu yob?

dayu_myself said...

lek la ak...
jgan la salahkan semua lelaki,hanya sebab 2 3 orng lelaki yang ko couple...
pffttt...
kesian kaum2 lelaki ni,ye dok...
wakakakak....

visitme@FaTiN cOrNeR said...

jwpn sarkastik..hehe..tp btl la jgk, tak blh letakkan slh kt semua lelaki. streotype nmnya..

Nurul said...

Dah lumrah,manusia suka menyalahkan orang lain tuk larikan diri dan cover kesalahan diri sendiri. dalam hal ni, pompuan atau lelaki tu menyalahkan orang lain tuk mengurangkan rasa sakit di hati..
mmg x salah dan ada btlnya pendapat saudara tu tp lau jgn hanya sebelah pihak. jd x adil la kan.. apa kata kupas isu bagi lelaki dan juga perempuan... be fair, x salahkan..
dulu sy penah salahkan lelaki tp saya akui masa ngah marah.. bila da reda, sy pk balik mungkin perkara ni terjadi sebab Salah kita sendiri dan Allah nak kita sedar semua tu kerana Dia sayangkan kita. so istigfar banyak2..