Friday, August 5, 2011

Kelebihan Puasa Dari Sudut Sains dan Kesihatan

Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik/racun dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit-pesakitnya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat-ubat moden. Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.

Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.


Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.

Puasa juga dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan.

Sedangkan dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan SeDunia ialah disebabkan sindrom metabolik. Sindrom ini meliputi 4 masalah iaitu: (1) glukos darah tinggi (2) Tekanan darah tinggi (3) Lipid darah tinggi dan (4) lebih berat badan atau obesiti. Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindrom metabolik yang melanda dunia masa kini.

Al-Harits seorang doktor Arab mengatakan :

“Yang banyak membunuh manusia adalah kerana manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam perut dicerna.”

Dr. Alexis Carel seorang doktor antarabangsa dan pernah memperolehi penghargaan nobel dalam bidang kedoktoran telah menyatakan bahawa dengan berpuasa dapat membersihkan pernafasan.

Puasa dapat manambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh, kerana perut yang sentiasa bekerja memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat sementara waktu. Dan ketika berpuasa itu lah perut kita berehat dan mendapat kesegaran semula untuk bekerja kemudiannya.

Sama juga ibaratnya seperti enjin kereta yang mungkin tidak tahan lama jika dipaksa untuk sentiasa berjalan tanpa henti.Sudah pastinya kereta perlu diservis selalu bagi ianya dapat berjalan lancar dan tanpa gangguan. Begitu jua dengan tubuh manusia yang amat kompleks daripada kereta di mana amat perlu diservis biarpun hanya setahun sekali selama sebulan, malah lebih baik sekiranya diservis setiap bulan dengan berpuasa.

[sumber]

SZ : Subhanallah... Malangnya bagi orang yang degil tak nak puasa..

25 360 juta komen:

Mohamadazhan.com said...

perkongsian menarik bro...mohon izin kongsi..selamat berbuka =)

aslann said...

yeahh! macam kereta perut jugak perlu diservis :D

cucu umie said...

nice shring bro tpi adkh masyrkt kita skrng ini tahu bhawe pose itu amat bnyk fadhiltnya.. ramai juga yg tidak berpose lah nie..hermmm

Puteri Biru said...

segala yang disyariatkan Allah sangat banyak kebaikannya kepada hambaNya.

jika kita tahu erti bersyukur, maka tiadalah alasan untuk berdegil, ponteng puasa, ponteng solat.

adanhayad said...

bak kate nur madihah (best student spm 2008) :
akal yg cerdas bermula dari perut yg kosong.

lagi satu sy tak pasti dari sahabat atau hadis :
perut adalah punca banyak penyakit.

belog|amiyo said...

semua suruhan Allah pon ada kelebihan dan kebaikan untuk manusia dunia akhirat. insyaAllah...

azwa amani said...

Allah Maha Mnegetahui dan mempunyai peracangan yg paling hebat....

masa kiamat nanti pun, kelebihan untuk org yg berpuasa ialah, mereka tidak akan sakit apabila terkena asap 'ad-dukhan....yang tak berpuasa dan memakan makanan yg haram akan jatuh sakit teruk dan mati...wallhualam

Solihahazahar said...

ni yg semangat nk pose ni. btw nice entry ^^

visitme@FaTiN cOrNeR said...

subhanallah..Maha Suci Allah..

nice info..thanks for sharing..

SyazwanSarawak said...

mujarabnya puasa tu (:

yad'z said...

wah nice sharinggg... puasa2 ni.. cuci perut.. cuci hati.. cuci peribadi.. hahah... ^^

diana said...

BULAN UNTUK MENYUCI PERUT NI..
TAK TAU LA KENAPA RAMAI YANG TAK PUASA SEDANGKAN BANYAK KELEBIHAN PUASA NI..
BUKAN LAPAR SEMATA2...

Aretikz said...

bg mreka yg xposa, bnda ni mnyusahkan.. memg nak kena penampor tu.. haha..

blog-tips-kurus said...

cuci perut.. rehatkan perut..

FaKArePa!n said...

memang susah nak terawih kalau perut terlalu kenyang.. tengah semayang asyik menguap je sebab ngantuk.. hehe

NURUL NADIAH MAMAT said...

perut yang tak diservis memang banyak membawa mudarat......

tq for the info..

Alin said...

baru amerika tahu islam itu indah dan puasa tu banyak berkat kan~ :)

exora said...

meme byk kelebihan puasa ni...
semoga mereka yg tdk puasa tu d beri hidayah olehNya...

puteri ain said...

Allah jadikan semuanya ada sebabNya yang tersendiri kan :)

angah ahmad said...

santapan rohani,, nyum2 ~

Saiful Bakhtiar said...

ramadan yg indah.tp nape ada yg buat tak endah ye

cik pha said...

islam ni indah..setiap y Allah suruh kita buat..mesti ade hikmah sebaliknya

tieykah said...

setiap perkara yang disyariatkan Allah ada kebaikan tersendiri

Subhanallah
Maka rugilah mereka-mereka yang tidak berpuasa

f_aRa_aINa989 said...

bagus! :)

Fz27 said...

semua penyakit berpunca daripada perut....