Tuesday, July 26, 2011

Wanita Bertudung Tapi Buat Maksiat

*Seperti yang dijanjikan dalam entry Apa Salahnya Buat Dosa? Pelacur Pun Masuk Syurga!

Ayu dan manisnya melihat gadis bertudung. Tapi sayang. Tak semua yang bertudung itu berperangai indah. Boleh lihat di sekeliling kita. Bertudung, tapi pakai baju lengan pendek, seluar ketat nampak alur. Pakai selendang berlilit-lilit menampakkan dada terbonjol. Mekap tebal bedak sekilo, gincu merah menyala. Kening dicukur, bulu mata palsu lentik mengalahkan unta. Pakai tudung, menyanyi melalak terkinja-kinja atas pentas. Bertepuk tampar dengan lelaki dah jadi rutin.

Pakai tudung merempit dengan pakwe, peluk rapat-rapat macam bohsia. Berjalan berpimpin tangan dengan teman lelaki mengalahkan suami isteri. Berpeluk cium, melentok manja ke bahu pasangan di taman tanpa rasa bersalah. Rakaman aksi-aksi ghairah awek bertudung pun bercambah di internet. Apa cerita semua ni?


Ada sebahagian wanita yang bertudung hanya untuk melindungi dirinya daripada disangka buruk abila bersama dengan lelaki. Tudung dijadikan penutup wajah lelaki yang bersembunyi di sebalik tudungnya. Membenarkan jantan memuaskan nafsu serakahnya serta melindungi dua tangan yang sedang meramas gunung kinabalunya. Bertudung, hanya sekadar untuk menutup lovebite. Hingga ada yang menjadikan tudung labuh sebagai pakaian untuk mengaburkan mata manusia daripada mengetahui perutnya sedang memboyot menghamilkan anak luar nikah.

Wanita bertudung seperti inilah yang mencemarkan nama baik wanita yang ikhlas bertudung kerana Allah. Cukuplah! Jangan cemarkan nama baik Islam dengan maksiat di sebalik tudung anda itu. Jangan biarkan mereka-mereka yang 'free hair' itu terus menjadikan alasan "bertudung tapi jahat" untuk menghalalkan pendirian mereka kononnya mereka lebih beriman walau tidak menutup aurat. Beriman? Huh!

Sebaik-baiknya, jangan suruh rakan anda bertudung. Tetapi, suruhla mereka menutup aurat. Sebab, bertudung belum tentu menutup aurat. Perangai juga biarlah seiring dengan penampilan. Sebab berpurdah belum tentu solehah. =)

p/s : Entry ni dihasilkan sebab cik Farysa ni tak puas hati bila baca entry 13 Alasan Tipikal tu..


SZ : Nak tahu siapa perempuan yang mengaku beriman walaupun seksi? KLIK SINI!

46 360 juta komen:

Night Walker said...

even dia dia bertudung wat maksiat, tp dosa dia tayang aurat terlepas, tp org cmni mmg memalukan seluruh kaum wanita yg bertudung lillahi taa'la.

dn kpd yg x bertudung, apa slhnya betudung, ikut suruhan agama tu,
duk kt bumi Allah, so ikut peraturanNYA..

btw nice artikel bro..

~eZmALiZa~ said...

kecewa dengan sikap perempuan mcm ni. jgn pakai tudung lagi bagus. mereka ni menjadikan tudung sebagai trend untuk colorful kan kepala agaknya. yela, kalo wat rambut berkaler2 dikatanya Lady Gaga.

Amirah Adnan said...

dunia2.. masing2 salahkan masing2.. yg bertudung mengate yg tak bertudung..yg tak bertudung bangge tak buat maksiat lebih2 cam yg bertudung..

wannurfazrini said...

niat den nak bertudung mmg dah ada tp kes2 mcm ni la aku takut kalau terjadi kat aku. allahualam!

Aretikz said...

ahakz.. ayat last tu yg patut ditekankan.. suruh tutup aurat.. ^_^

anyway, xda istilah mempertikaikan kalau bab menegur and so on.. amek sbgai pngajaran, krana peringatan itu akan sntiasa berulang, seperti azan.. ^_^

cucu umie said...

nice sharing bro..memang ajak mereka bertudung tetapi ajak mereka menutup aurat..baru menyeluruh

FasiHaH SupiaN said...

ya...saya setuju..bertudung belum bermakna dah menutup aurat.....

diana said...

ye betull..
kalau bertudung saja,
siti nurhaliza pun bertudung jugak..
heheh...

cik ifah said...

terima kasih :)

Mrs.Yie said...

yg penting menutup aurat tu WAJIB..bukan saja terletak pada tudung ataupun pakaian,bahkan SUARA wanita juga adalah AURAT..

sarah-najwan said...

yg penting pakai tudung dahulu..
itu hak wajibnya..

hal2 lain..diri sendiri yang kene fikir..spt lakukan maksiat ke hape2 yg bertentangan agama..

semoga kita semua terhindar dr dosa2 dan perkara yg dilarang oleh allah taala

hikari said...

thanks ntk peringatan ini SZ..
berpurdah belum tentu solehah..
rasa mcm sedih pulak baca ayat tu..hu2

aiman said...

betoi.. bertudung belum tentu menutup aurat.. satu lg, semua perkara disertakan dengan niat.. seeloknya biarlah kerana Allah..

Afifah said...

terima kasih untuk n3 ni..
wahai wanita ingatlah kita golongan yang paling ramai masuk ke neraka..
jadi renung-renungkanlah.. :)

kita sesama manusia saling ingat mengingati..

pengemis Cinta~ said...

Assalamualaikum.. terima kasih peringatan.malu sebab lelaki yang menegur, apa2 pun sesiapa pun boleh tegur atas dasar haq,;)

kepada saudari hikari diatas, PC juga tersentak dan sedih pc dengan ayat "berpurdah belum tentu solehah".sayu rasa.hurm, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. namun, ikhlas itu haq Allah.semoga Allah merahmati setiap muslimah yang ikhlas berada dijalanNya.amin..

nawwar_hanifah said...

saya sarankan muslimah diluar sana supaya baca dn hadamkn sebuah artikel dalambuku 'nota hati seorang lelaki'karya ust Pahrol.dlm 2 ada cerita pasal bertudung.

menutup aurat biarlah dgn sbb keimanan n utk jaga maruah.bila slh niat,maka slhlah amalnnya dn hasilnya slhlh cara penzahiran amaln itu. tudung xslah, yg salah ialah pemakai tudung sndiri.

perigtn utk dri sndiri juga~

fadhdeela said...

thanks nasihat itu..kesian wanita2 yang memakai tudung..srkg nie org slalu ckp "alah perempuan pakai tudung bkn baik mana pun" huhu sedihh!!

nur intan hazirah said...

tak dinafikan tapi xjuga mengiayakan....nak salhkan merka saper kita...tp tidak menyalahkan mereka salah siapa pula....tepuk dada tnya iman...pendirian apa yg kita pegang....pegangan apa yg kita ikut...berkata tp xbertindak sama seperti anjing menyalak bukit bukan???? :D

yad'z said...

thanks for sharing my link here.. =)
btw, memang sedih n malu.. bila wujudnya benda macam ni kan.... hurmm..

Hazwan Arif said...

betol tu..tutuplah aurat..jgn hanya sekadar bertudung

cik pha said...

assalmkm menutup aurat hukumnya wajib dan bagi y menutupnya hukumnya berdosa..menutup aurat bukan kerna berpesyen ker ape..tak perlu rasanya melilit kepala hya smpai aurat y laen pun terlilit sama..islam suh ttp aurat..bukanya BALUT aurat..dan nak pakai tudung ker takk rasanya tak perlu tggu seru,hidayah..sebb Allah dah beri kta Alquran..sebagai pedoman..kenapa harus lengah2kan perkara y wajibb..?nk tggu esok,masih bernafas ke esok..hmm..nice entry..

KELI OH KELI said...

lega aku baca entry hang SZ...puas hati...baguih2...kasi hantam lagi...terbaekkkkkk SZ!!!

masturah idrus said...

Betul. Belum tentu yang bertudung itu menutup aurat.

Wanita Islam sekelian, kaki pun aurat juga ya :)

Alin said...

assalamualaikum..rasa pelik sangat bila org2 yg xnk tutup aurat nie punya byk alasan xnk ikut perintah Allah. -,- bertegur untuk kebaikan pun, nak melenting. nanti kat akhirat slhkan semua org sebab xtegur. bgs entri nie.

yanadimple said...

mmg berat hal ni sbnrnyaa. yg pki tdung ikhlas dslh ertikn dsbbkn ada yg pkai pkai tdung tp tak mnutup aurat sbaeknya n bkelakuan tak seimbng dgn pmkaian n pgangan idup. hrp kte sume boleh prbaiki dri n amek iktibar. klau dak btudung tu buat la org pkai tdung. jgnla pulak smpai tkinja2 kt cncert n bdua-duan ngn bukn muhrim. na prbetulkn sume ni kne ada krjsama sume pihak :) thx solihin

iqbalhakimi said...

betol2..kalau kita cakap menutup aurat more better =)

Nor Shazana said...

kadang-kadang kita salahkan mata tak dapat nak tengok dalaman seseorang..padahal otak yang silap menafsir. Orang yang luaran nampak alim disangkanya baik..dan begitulah sebaliknya.

puteri ain said...

masing2 dengan pendirian dan pendapat masing2 . dengan style masing . even masing2 tau sama ada bnde itu salah atau benar . hati tetap mahu buat . apa yg penting hati kita . kita kena pk mana baik dan mana buruk .

Jejaka Terhangat said...

tak tau nak komen apa sbb isu bertudung ni takkan pernah selesai. diorang ni pi mai pi mai tang tu jugak. apapun, nasihat dan teguran tu perlu dibuat sepanjang masa. nice effort solihin..=)

miss ct said...

Assalamualaikum...
entry yg bagus..mempunyai nasihat.. ttg tudung tu, org putih kata "don't judga by its cover".. semoga istiqamah dlm membuat entry yg sebegini.. =)

Nur Misnan said...

kita lihat diri kira saja...
adakah kita sudah cukup baik
untuk menilai mereka...

perbaiki akhlak dan aurat kita
insyaAllah.. tidak akan berlaku
sedemikian rupa...

|| A r a W a n i || said...

OK. Nak nanges baca artikel ni. Sedar xsedar, masoklah sy ke dalam golongan yang selama ini saya cuba jauhi.


*nanges*

tim said...

yap saya kira menasihat seseorang tu untuk menutup aurat daripada memakai adalah lebih baik. pakai tudung tak semestinya akan tutup lengan atau dada. so kira tutup aurat ni one package

♥cmª shIemª♥ said...

sedih juga...ramai yg bertudung tp tidak menutup aurat..

peringatan utk diri sendiri jugak...
tq en sz...

tq for sharing..=D

namaakulynn said...

ayat biasa : 'bertudung tak semestinya baik' ..hmm,betul la tu.senang cerita,appearance ssorang tak boleh tentukan mana baik,mana jahat.

bongcikebong! said...

hahahha ramai betoi yang mengupas isu ini..xhabes2 ada lagi yang tak puas hati..jenuh la mcm ni..

zanafahmi said...

rasa mcm kena sebijik penumbuk kt muka akak walaupun akak dah lama bertudung.....
akak taknak tuding jari kat org tu salah, org ni betul....tgk diri sendiri dan perbaiki diri dulu.
entry yg bagus, akak suka..

Hans said...

suka entry nih
menutup aurat

exora said...

ntah ler, dh jd mcm trend lak skrg ni...lbh mengecewakan bila geng yg cerdik pandai kt IPTA n IPTS punnn
terjebak...

ahsfantasy24 said...

susa gak zman skrang..
bila ditegur, cpt sgt mnjawab..
kdg2 mrapu xmsk akal.. huhU~

LemonSusu Skyjuice said...

assalamualaikum..yeahh betul tu.buat pe bertudung kalau perilaku pun xelok..:) sama2 lah kita jaga kelakuan masing2 yea :)

cik ciput said...

walau amalan apa pun yg kita buat, niat paling penting..

sama juga dengan gadis2 zaman sekarang yang rata2 memakai tudung..tapi cuba renungkan balik, ye memang bertudung, tapi adakah betul2 menepati kehendak syarak?menutup dada dan tidak jarang..sorry to say lah, aku tgk ramai yg bertudung sbb ikut fesyen..

*apa pun, jom kita sama2 muhasabah diri kita..

ciknabil-a said...

hakz! power2.. ;)

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

Sebaik-baiknya, jangan suruh rakan anda bertudung. Tetapi, suruhla mereka menutup aurat. Sebab, bertudung belum tentu menutup aurat.

*suka dan setuju ayat nie.. :)

Anonymous said...

Amar Makruf Nahi Mungkar

AnisSa said...

erm. betul! sokong..

suka dgn gaya penulisan SZ :)