Wednesday, June 1, 2011

Hukum dan Balasan Orang Yang Tidak Membayar Hutang

Dalam Islam, berhutang memang dibolehkan. Islam memberi galakan kepada umatnya, agar memberi bantuan kepada saudara-saudaranya. Persoalannya sekarang ialah, sebahagian orang Islam sengaja melambat-lambatkan membayar hutang apabila tiba waktu hendak membayarnya. Berbagai-bagai alasan akan diberikan untuk mengelak atau menangguhkan pembayaran hutang tersebut. Sesungguhnya melambat-lambatkan bayaran hutang, amatlah besar sekali akibatnya dalam kehidupan manusia, bukan sahaja di dunia, bahkan juga di akhirat.


Orang yang mampu membayar hutang, tetapi tidak berbuat demikian semasa hidupnya dikira telah melakukan dosa besar. Kerana hutang inilah orang-orang yang mati syahid sekalipun tidak dapat memasuki syurga sebaliknya hanya berada di pintunya sahaja. Rasulullah SAW menjelaskan orang yang tidak membayar hutang doanya tidak diperkenankan oleh Allah SWT. Nabi SAW sendiri tidak menunaikan solat jenazah ke atas sesuatu jenazah jika didapati ia ada hutang yang belum dijelaskan.

Setelah dipastikan mayat terlibat telah menjelaskan segala hutangnya ketika masa hidup, barulah Nabi SAW menyolatkan jenazahnya. Jika orang yang berhutang tidak membayar hutangnya sewaktu hidup di dunia ini, maka sesetengah amalan kebaikan yang dilakukan olehnya akan diberikan kepada si pemberi hutang pada hari kiamat kelak. Tindakan yang boleh dilakukan orang yang memberi hutang hendaklah meminta supaya hutangnya dilangsaikan dengan baik.

Jika tidak mampu hendaklah menggunakan tenaga orang tengah menggesanya supaya si peminjam membayar hutang itu. Jika tidak mampu juga, yang terlibat boleh mengambil tindakan mahkamah, kerana itu melibatkan haknya yang boleh dituntut di mahkamah, dan pihak yang berhutang hendaklah mematuhi keputusan mahkamah. Bagaimanapun jika seseorang itu mempunyai iman yang tinggi dan kuat, lalu memaafkan orang yang berhutang itu dan menghalalkannya sebelum orang yang berhutang itu meninggal dunia, ia akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah.


credit :
deunique4
groups.yahoo.com

SZ : Semua orang ada hutang. Tak payah nak tipu.. Semoga kita semua dibebaskan daripada belenggu hutang dan dipermudahkan untuk kita membayar hutang.. Amin

47 360 juta komen:

qasehraihan said...

Sz...bagus entry awak ni..

saya alami mslh pghutang xnak bayar ni..huhuhu

pendekarberkuda yang selalu cakap berapi2 pulak tu yg tipu..rupanya ramai lagi yg kena dgn dia..cuba bc kat komen 'bulan' dan 'faizal fredly'huhu

http://qasehraihan.blogspot.com/2011/06/entry-panas-hati-pendekar-berkuda.html

Hazwan Arif said...

perkongsian yg menarik..thanx =)

azwa amani said...

ya Allah jauhkan lah kamis emua dari dibelengu hutang..aminn

Mrs.Yie said...

berat beban orang berhutang ni..kalau x di bayar,semuanya tu akan di bawa mati..

FasiHaH SupiaN said...

perkongsian yang menarik SZ, sy belajar lagi, hutang setakat ni belum ada, tp masa depan tak tahulah nanti....

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

entri menarik..tq berkongsi entri ni..akak msh ada hutan 6 riyak tempe lum bayar..huhuhu..jgn mati sblm byr dah la.

nursyamime said...

tengs 4 info..
sy pun xtau lah mcm mn nk mnx htg dgn org berhtg dgn sy.
sy plak yg malu nk mnx padahal dye yg berhutang.
dgn info ni boleh kasik tazkirah ckt kt org tersebut..

~cik atin~ said...

camne erk nak suh penghutang 2 bayar utang dye??..nak mitak banyak2 kali cam malu jek...

diana said...

panas betul cerita hutang hari ni..
heheeh...
elak kan lah berhutang ni..
setakat nak makan atau nak beli laptop pun nak berhutang dengan kengkawan,memalukan betul!

NURUL NADIAH MAMAT said...

moga dapat diselesaikan dgn baik...

sarah-najwan said...

akak mmg berhutang ngan bank dan kjaan psl kereta dan rumah..xmampu xbeli cash..

hutang2 lain tarak..

mmg kalu boleh xnak buat hutang..baik menabung ajo..

Dawa said...

kecewa kalau org cakap tak serupa bikin tu adalah org yg kita admire. haish

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

takut nak berhutang....

kalo terdesak sangat minta duit mak bapak ja hehe

nazirulhazwan~ said...

pendekar fucker~ (kalau betol)
tu je aku nak ckp

efa said...

bgus entry ni SZ,tak payah berhutang kalau rasa tak mampu nak bayar balik tul tak?so far tak pernah berhutang takut nanti tak terbayar plak selalu minta ngn family ja kalau mmg dah terdesak nk pkai duit.

::blog anak jawer:: said...

perkongsian yang baik.... banyak betul entry susulan pasal isu tu... harap sape yang terasa pedas nye cili ni ..cepat2 lah bertaubat kan...

-Yok mampir diluk = tak faham dengan industri perfileman sekarang

cantekk said...

huhukkk.... aku pon byk hutang,,,
smg Allah murahkan rezki aku,,, beri aku kesihatan utk kje cari duit nk langsaikan hutang2.... Amiin,,.

Wyna Nubies said...

As Salam,

berhutang??tetiba teringat isu panas terkini.Pendekar Berkuda tak bayar hutang qasehraihan..

elok la PB baca doa diatas..huhu~biar lembut hati nk byr balik hutang beribu tu =-=

Hanim Mahali said...

hutang bukan perkara yang boleh dipandang remeh... semoga saya dapat menghindari diri dari cengkaman hutang...
(tapi hutang PTPTN tak dapat nak bayar lagi ni.riso riso.T_T)

Aretikz said...

utang.. utang.. (ala2 otak zombi kmpung pisang)

nmpknya.. sperti kak diana, hangat btul kisah hutang.. bg mreka yg utang kecik.. ala.. maafkan jak mreka yg berhutag.. berkat..

tapi kalo kes mcm yg berlaku ktika ini.. besau tu.. hehe.. rsanya.. kalo nak berhutg sjumlah yg besar.. perlu ada hitam putih.. biarpun leceh.. tp bgitulah syarat brhutang cra islam.. yg org xpandang..

utang.. utang..

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

entri yang bagus..sama2 lah kita membayar hutang dunia dan akhirat.. =)

delarocha said...

ish ish..elakkan berhutang,

cucu umie said...

bagi ayie masih muda ini dan mampu lagi, ingtlah kalo ad hutng tolong abiskan byar sebb kelak kalo dh tua tkot terlupa plak and orng yg pemberi pinjam meninggal ker.. satu masalah juga..huhu

Miss Ran said...

kn bgus kalau sume up entry y ade fakta begini

erm slalu dgr sebelah pihk

takut timbul fitnah plak

kpd penghutang sila bayar hutang...

Miss Ran said...

kn bgus kalau sume up entry y ade fakta begini

erm slalu dgr sebelah pihk

takut timbul fitnah plak

kpd penghutang sila bayar hutang...

Miss Ran said...

kn bgus kalau sume up entry y ade fakta begini

erm slalu dgr sebelah pihk

takut timbul fitnah plak

kpd penghutang sila bayar hutang...

Budak Botak said...

Kerana ada golongan yg x byr hutang, orang pon takut2 nak bagi pinjam. Sebab tu dalam pinjaman kena ada penjamin la pulak...

Entry terbaru -> Pertandingan Fesyen Tikus Di New York... (",)

Syuxer said...

hutangla penyebab roh kita tergantung huhu..mintak2la kita semua ni dijauhkan dari belenggu hutang neh.:)

miss coklat said...

erm.. kalo saya hutang topup ngan mak saya macam mana pulak?? beliau x tuntut pon.. kira saya hutang gak ka tu??

miss coklat said...

adakah saya dikira hutang ya?? mak selalu cakap duit topup sebulan melambak.. saya pakai duit mak dulu.. macam mana pulak?? tapi x pulak beliau claim,

Fyqa said...

nice sharing ;)

Kalamhati said...

tengah berusaha langsaikan utang gak ni...semoga Allah permudahkan segala urusan kita

idanirha said...

nice entry (:
sape2 yang berhutang, bayarlah hutang cepat2 seblom mata tertutup (:

zacky ~786~ said...

:)
nice entry ..~

iniialahaku said...

org hutg dgn aku sng...tpi depa nk byaq bukan main liat lagi...haish....

Amoi MiyaSya said...

betul2 ! tapi kalau mcm tak byk sgt hutang nye , halal kan je la :)

cik ciput said...

hutang dgn PTPTN x bayaq lagi =(

yatie Awang said...

kerana itu kakak takut nak berhutang...kalau kakak nak sesuatu kakak kumpul dulu duit,

Siti Mashitah Saidin said...

owh! hutang ptptn paling banyak.. beribu2... dah keja nati, utang beli rumah pulak, hutang beli keta pulak... hehehehe...

*doa tuh- amin~!

724422 @ matyo said...

Doa supaya mudah membayar hutang
.
اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلالِكَ عَنْ حَرامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
“Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezekiMu yang halal (hingga aku terhindar) dari yang haram. Kayakanlah aku dengan AnugerahMu, (hingga aku tidak minta) kepada selainMu”.

Doa-doa pilihan

Woofer Storm said...

bgus entry ni..lupa plak ada hutng sy lum bayar ngan sz.brapa tu?nak byr cek boleh?eheheee

CIK TOM said...

2-2 ari ni blogger banyak buat entry psl hutang ek...

cik heroin said...

saya ada berhutang. Hutang budi dgn org. Cenngane tu?

Solihin Zubir said...

@cik heroin : hutang budi dibawa mati.. keh3..

f_aRa_aINa989 said...

saya kalau hutang dgn org suka bayar cepat2...x suka lambat2kan...

jie said...

cakap bab hutang memang kecewa sangat. orang sesak kita tolong. last kita pulak yang parah nak minta balik. boleh buat bodoh. yang sikit2 bolehlah dihalalkan cam ne kalau banyak?. boleh tak kalau disolat hajatkan aje orang berhutang yang liat nak bayo ni. sebab kita pun dah tak tau nak buat cam ne. semua orang ada masalah kewangan tapi adil ke kalau masalah sendiri kita longgokkan ke bahu orang lain plak.

Adylia Qarissa said...

macam mana nak atasi masalah orang berhutang tapi macam kita lak yang hutang dia...ermmmm....