Friday, March 25, 2011

Seloka Facebook Oh Facebook!



Facebook oh Facebook…
Engkau datang ke dalam hidup insan penuh dengan sensasi,
Semua orang cakap pasal dirimu setiap hari,
Yang dewasa, remaja dan kanak-kanak pun tak terkecuali,
Malah para pemimpin mempromosi dirimu ke seluruh negara dan negeri,
Facebook sebagai medium bersosial terkini.

Facebook oh Facebook…
Bukan setakat itu sahaja,
Malah ramai ulama berbincang baik dan buruknya,
Samada memberikan manfaat atau memudharat sifatnya,
Ibarat pisau yang memotong makanan atau meluka manusia,
Ia berbalik pada niat dan cara si pengguna.

Facebook oh Facebook…
Engkau dibuka manusia hampir setiap waktu,
Ada yang berdakwah, ada yang merapu,
Ada yang berukhuwwah, ada yang jadi seteru,
Dulu hanya di depan komputer manusia mengadapmu,
Kini dalam telefon bimbit ke sana ke sini asyik denganmu.

Facebook oh Facebook…
Banyak aib manusia telah engkau dedahkan,
Aurat si gadis dan wanita menjadi tontonan,
Masalah rumahtangga habis ditelanjangkan,
Hilanglah malu, tergadailah maruah ramai insan,
Zaman fitnah semakin jelas kelihatan.

Facebook oh Facebook…
Akal dan nafsu selalu berperang tatkala menggunakanmu,
Kaum Adam dan Hawa berbual kurang malu,
Ada yang nakal terus tersangkut melulu,
Syaitan ketawa kerana ‘ikan dah masuk bubu’,
Gejala sosial ganda beribu-ribu.

Facebook oh Facebook…
Banyak rahsia dan cerita manusia telah terdedah,
“Hari ni aku makan di restoran Mak Kiah”,
“Oh, aku sangat rindukan si Milah”,
“Alamak, bulu hidung aku panjang sebelah”,
“Fuyyo, dahsyatnya kereta orang jiran sebelah”,
“Ah, aku kesedihan hari ini kerana dimarahi mak dan abah”,
“Cit, kucing tu berak lagi…aarghhh!”
“Best, hari ni RM50 aku sedekah”
Macam-macam gelagat manusia terkisah,
Ada yang betul caranya dan ada yang salah.

Facebook oh Facebook…
Engkau beri juga ruang untuk kongsi tips dan juga nasihat,
Supaya terpapar hal bermanfaat untuk dunia dan akhirat,
Mengingatkan manusia yang leka dan selalu tak ingat,
Kerana sedar ia adalah tuntutan syariat,
Menjadi bekalan hasanah, membaiki diri dan masyarakat.

Facebook oh Facebook…
Keasyikan terhadapmu membuatkan ramai gian,
Walaupun niat di hati nak berdakwah dan buat kebajikan,
Ada yang sampai anak dan isteri dilupakan,
Mereka lupa itulah permata hati dan warisan,
Dakwah yang paling utama dan mesti didahulukan.

Facebook oh Facebook…
Engkau membuatkan manusia selalu sibuk dengan Facebook,
Tengah berbual dengan kawan di gerai, orang berFacebook,
Tengah makan dengan anak dan isteri, sempat lagi berFacebook,
Tengah mesyuarat pun ada orang berFacebook,
Tengah berbincang dengan mak ayah pun, tangan menaip di Facebook,
Tengah pensyarah memberi ilmu, aik sempat lagi Facebook?
Aduh, kenapa begitu sekali wahai Facebook?
Ramai orang tidak lagi di alam nyata, mereka asyik di alam Facebook,
Makan: Facebook, minum: Facebook, bermain: Facebook, berjalan: Facebook…
Facebook…Facebook…Facebook!

Facebook oh Facebook…
Engkau kini semakin dahsyat,
Memberi kesan baik dan buruk pada masyarakat,
Terpulang pada kami untuk memanfaatkan atau ditimpa mudharat,
Mudah-mudah engkau akan menjadi saksiku di akhirat,
Bahawa aku telah menggunakanmu untuk berbuat taat.

credit : shahmuzir


SZ : Dulu aku ketagih facebook.. Sekarang ketagihan blogging telah mengatasi facebook.. Heheh..

19 360 juta komen:

Siti Hajar Masri said...

samalh..dah x heran dgn facebook..:)

qasehraihan said...

amboi..amboi.hehe...soihin cipta sndiri ke??

Ayuni said...

FB patut ditutup sbb org dok mengata org dlm tu...

qyqa said...

facebook dah makin bosan.. ada yg mencarut lah.. kapel gaduh lah.. menyemak wall jer...huhuhu

Rossnie said...

hehehe..tbaek dr ladang :)

shahjiehan said...

kerana fb ramai bercerau berai...fitnah dan dosa berleluasa~

ibu hidayahamin said...

bagi aku best blog dari fb... hehehe

cik ciput said...

suka rangkap ni:-

Facebook oh Facebook…
Banyak aib manusia telah engkau dedahkan,
Aurat si gadis dan wanita menjadi tontonan,
Masalah rumahtangga habis ditelanjangkan,
Hilanglah malu, tergadailah maruah ramai insan,
Zaman fitnah semakin jelas kelihatan.

ada pro dan con utk tiap sesuatu..kita yg berakal, sendiri mau pikiaq na..

nuriz said...

wah terbaikk penulis ni buat seloka. boleh dishare di facebook le hehehe

Amirrah Zawani said...

hahaha!! facebook femes smpi siap ada seloka lagi..

give me 5.. sama lah dulu mmg ketagih fb.. skrg ni tak dah.. gila blog je :)

diana said...

ketagih berblog lebih hebat dari ketagih facebook..
hehhheh

sarah-najwan said...

teknologi tak salah
manusia yg kdg2 lalai

teknologi juga dibina
utk kebaikan dunia dan sejagat

akak pom sedang2 aje dgn fesbuk
dan blog skrg..kebizian..hehe

Mohamadazhan hjDesa said...

salam

dah pandai berseloka pula.haha

aku buat FB atas paksaan kawan.haha.naya..

f_aRa_aINa989 said...

buatlah seloka blog pulak...

:P

arep_lockermonth said...

tape tutup pon,,saye ade blog!huahahah~

cek chun said...

hari-hari buka facebook
sebab dah ada dalam hp
kena lah guna iyer dok?

azwa_amani said...

huhuhuhu..media ni siatnya neutral...betul lah tuuu...balik pada niat..kalau nak ikutkan pun, blog ni ade jer yg guna tuk benda yg bukan2...so...yg boleh kita elakkan..kita elakkan..yg boleh kita tegur...teruskan untuk menegur...bagus seloka nie....beri peringatkan dan kesedaran kepada yg tak sedar diri dengan facebook tu...amani xde facebook....org tak cakap pun buta IT..

Qaseh dalia adelia said...

same lah skang ketagih blog ...

SyedGraphiX said...

ingatkan ko yang buat sndiri pantun ni td. kui3.