Monday, October 25, 2010

Offline! Seminggu di KL dan Seremban

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat semua sahabat blogger yang aku kasihi sekalian.. Untuk pengetahuan anda.. Pukul 10pagi besok aku akan bertolak dari Alor star ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas Mara Liner. Aku ke sana bagi menghadiri Kursus Keusahawanan dalam Bidang Teknologi dan ICT pada Hari Rabu, 27 Okt di PKNS Bizpoint. Berdekatan dengan Uitm Shah Alam.. Dan aku juga akan ke Seremban bagi menyiapkan fail kursus Tourist Guide. Aku akan menghadapi exam Tourist Guide pada 4 Nov. Pada hari itu juga pegawai penilai akan menyemak fail aku. Ini juga bermakna aku akan berlegar-legar di area KL-Seremban selama seminggu lebih bermula 26Okt sehingga 5Nov..

Apa tujuan aku bagitau kat korang ni? Sebabnya, aku nak mintak maaf banyak-banyak kat korang semua coz dalam tempoh tersebut aku tidak dapat online serta update blog aku ni. Ini juga bermakna aku tidak dapat melakukan aktiviti blogwalking seperti kebiasaan. Aku juga mungkin tidak dapat singgah membaca serta mengomen entry-entry terbaru korang selama seminggu lebih ni. Aku mintak maaf sangat-sangat. Harap korang semua faham situasi aku.. Jangan plak ada yang cakap aku sombong plak taw.. hehe.. Dan aku juga yakin, traffic aku akan menjunam teruk selama seminggu ni.. Sedihnya.. huhu.. Walaubagaimanapun, aku tetap akan cuba online kalau ada kesempatan or terlalu rindu sangat kat blog aku ni. hehe..

Aku juga memohon jasa baik korang agar mendoakan perjalanan aku ke sana selamat tanpa sebarang perkara yang tidak diingini.. Nauzubillah.. Doakan juga kejayaan aku agar lulus dengan cemerlang dalam exam Tourist Guide tersebut. Jutaan terima kasih aku ucapkan buat semua sahabat yang selama ini sudi memberi sokongan serta semangat untuk aku terus ber'blogging'.. Jasa kalian amatlah dihargai.. Majulah blog untuk negara! :D

Sekian.. Wassalam..

SZ : Semakin hari, semakin BZ.. Semakin besar tanggungjawab aku.. Masa untuk berubah!

Sunday, October 24, 2010

Nasi Lemak 50sen

Dah tengok movie 'Cuti-cuti Cinta'? Kalau belum, aku yakin mesti korang dah tengok 'trailer' filem tersebut kat TV! Babak paling menarik perhatian dan menjadi isu sekarang ni ialah babak 'Nasik Lemak 50sen' tu.. Aku sendiri pun sangat tidak bersetuju dengan cara diorang promote filem tu. Menggunakan gurauan lucah. Semua orang tau kan apa yang dimaksudkan dengan 'Nasik Lemak 50sen' tu? Kalau tak tau, aku syorkan korang pegi naik tingkat 88 KLCC, and then terjun..


Apa relevannya diorang guna ayat tu? Seolah-olah menghina dan merendahkan martabat kaum Hawa je. Nasik lemak 50sen! Mana kenyang beb! Kecik giler! Ikan bilis pun 3 ekor je.. Tak sedap langsung! Itulah yang ingin digambarkan Farid Kamil terhadap 'nasik lemak' Nora Danish yang tak berkhasiat tu. Ape la.. Bagi sesetengah orang memang lawak. Tapi kalau budak bawah umur yang tengok macam mana? Filem tu dah la berklasifikasi 'U'.. Bayangkan kalau diorang pun guna ayat tu sebagai bahan gurauan kat sekolah. Mengusik pelajar perempuan dengan perkataan tersebut. Itu dah kira gangguan seksual tu. Kalau budak-budak yang tak matang tengok plak camna? Buat dia bergurau ngan mak atau nenek dia, mau makan pelempang jugak budak tu. Kalau aku tengah syok layan TV dengan family aku, mesti duduk tak senang kalau iklan ni muncul. Segan woii!

Nak menarik penonton tengok movie korang pun, guna la cara yang bermoral sikit. Tak kan terdesak kowt. Adeyhh... Err.. Mintak maaf la ye kalau ada yang tak setuju ngan pendapat aku tu.. Lain orang, lain pendapat.. Ye tak? hehe..

SZ : Zaman aku darjah 1 dulu, nasik lemak kat kantin 20sen je..

Saturday, October 23, 2010

Dilema Seorang Boyfriend Yang Malang

Hari tu awak tanya saya sejauh mana cinta saya kat awak. Masa tu saya tak dapat nak jawab. Semalam awak merajuk ngan saya, saya dah penat nak layan. Awak call saya, saya malas nak jawab. Sejauh mana eh saya sayang kat awak? Semalaman saya fikirkan soalan tu. Pernah ke? Maybe tak sedalam cinta Titanic atau Taj Mahal. Sayang saya kat awak sangatla kerdil. Sebab tu la awak selalu merajuk eh? Ntahla.. Tapi setahu saya:

1. Sebelum saya kenal awak, setiap semester saya
dapat Anugerah Dekan.. Bila dah kenal ngan awak, setiap semester saya repeat paper.

2. Sebelum kenal ngan awak, saya belajar pakai duit PTPTN.. Lepas kenal ngan awak, nak makan pun kena mintak duit ngan emak saya.

3. Kalau ada sebiji buah epal, saya bagi je kat 
awak.. Kalau ada 2 biji buah epal, saya bagi yang besar kat awak.

4. Kalau kita makan ikan, awak makan bahagian
badan ikan tu.. Saya pulak makan bahagian kepala ikan tu je.

5. Awak ni tak la cun sangat, tapi saya tak
pernah kutuk awak tak cun. Tapi saya yang hensem ni awak lagi nak kutuk ngan member depan saya, kata saya tak hensem langsung.

6. Diana Danielle lintas depan mata, saya diam je. Takut kalau puji kang awak marah. Mat Bangla lepak depan shopping complex awak pi ngorat  time saya pi tandas. Siap mintak nombor tepon depan saya lagi.

7. Kalau keluar ngan awak, awak slamber je nak
makan Starbucks.. Saya tipu saya dah kenyang, padahal bila dah sampai kat umah saya melantak maggi.

8. Sebelum kenal ngan awak, saya tak pernah
ada girlfriend. Selepas awak kenal ngan saya, genaplah koleksi awak ada 20 boyfriend kesemuanya.

9. Awak pernah tanya kalau awak jatuh cinta
ngan laki lain, saya nak buat apa? Saya cakap saya nak pukul laki tu. Tapi bila saya tanya kalau saya jatuh cinta kat pompuan lain, awak nak buat apa? Awak kata nak bunuh saya, emak saya, ayah saya ngan nenek saya.

10. Saya beli ubat kat awak harga
RM100 saya cakap harga RM10. Awak beli jam tangan kat saya harga RM10 awak kata harga RM100.

11. Setiap kali berjumpa saya bagi hadiah kat
awak.. Tapi setiap tahun birthday saya awak kata lupa.

12. Saya rosakkan handsfree awak, 
saya ganti satu handphone baru. Awak rosakkan kereta saya, awak buat bodoh je.

13. Sekali awak demam, saya kena diet 2kg
nak jaga awak. Sekali saya demam, awak tambah berat 2kg sebab abiskan makanan saya.

14. Saya tak pernah kata awak pendek.. Tapi awak
marah saya sebab tinggi sangat, bila member awak ketawakan awak.

15. Awak datang umah saya, saya tido kat sofa.. Saya
datang umah awak, saya gak yang kena tido kat sofa.

16. Mak saya belikan rantai emas kat awak.
Mak awak langsung tak pernah ajak saya makan kat umah awak walau sekalipun.

17. Kucing umah saya bersalin, saya bagi anak
kucing yang paling cute kat awak. 2 hari je awak bela, kucing tu dah mati. Saya tak kata pape pun.. Awak bagi ikan emas yang dah dekat mati kat saya, 2 hari saya bela dah mati. Awak kata nak bunuh semua anak kucing saya..

18. Kalau awak nak pakai duit saya, terus ambik
takyah bagitau. RM30 ke RM80 ke RM100 ke selagi wallet saya ada duit. Aritu saya nak pinjam RM10 sebab terlupa bawak wallet, awak kata saya bagi alasan padahal kedekut...

Ada apa dengan cinta awak?




Entry yang lepas2 aku ada share ngan korang Kisah Boyfriend Paling Tak Guna kan.. Kali ni kisah Girlfried Yang Tak Guna plak.. Baru adil kan.. hehe.. Cerita di atas tidak ada kena mengena langsung dengan sesipa.. Sekadar hiburan semata-mata.. Kalau terasa terkena kat batang hidung, cepat-cepatlah bertaubat.. haha..

SZ : So, bercintalah lepas kahwin.. Lebih afdhal.. :D

Friday, October 22, 2010

Cara Memagar Diri Daripada Ilmu Sihir

Di bawah ini di nyatakan cara-cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam. Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda. Ia boleh menyerang anda.. ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

1. Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah.


Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah SAW yang berbunyi: "Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu". [Riwayat al Bukhari]

2. Berwuduk sebelum tidur.


Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah SWT kepada mereka. Sabda Rasulullah SAW, Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikankamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci'" [Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik]

3. Mengambil berat tentang solat berjemaah.


Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslimbebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solatberjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingimereka. ?Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjayamerasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda :Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidakmendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescayaakan didampingi ?oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri daripuaknya.'[Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik]

4. Mendirikan Solat Tahajjud.


Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah- mudahkannya. Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut. Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah SAW pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah SAW pun bersabda: Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya" [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

5. Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas.


Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melaporkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan. Apabila Rasulullah SAW mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata :Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan". [Riwayat al Bukhari dan Muslim] Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.
 

6. Memagar isteri selepas selesai akad nikah.

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa : "Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya" [Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik]

7. Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al-Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.


Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barang siapa yang membaca ayat-ayat al-Kursi sebelum tidur, dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi'. Rasulullah SAW telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal sendiri sememangnya penipu" [Riwayat al Bukhari.]

Thursday, October 21, 2010

Memo Taubat Buat Rosmah Mansor


1. Astaghfirullah.... satu tindakan yang cukup memalukan, jahil lagi berniat jahat terhadap ajaran Islam yang suci ini. Lebih-lebih lagi penganjurannya dinaungi oleh orang besar negara.

2. Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion FestiVal [ IFF ] ini memang berasal dari Malaysia dan ianya diasaskan oleh Dato' Raja Rezza Shah sementara Datin Rosmah Mansur bertindak sebagai penaungnya [ founding patron ].


3. Bukan sahaja pakaian yang diperagakan ini bertentangan dengan prinsip pakaian Islam, lebih malang mereka berani menghina Rasulullah saw dengan melakarkan nama baginda di pakaian yang sedemikian.

4. Jika bukan niat menghina Islam, tindakan apakah seperti ini? sungguh memalukan. Saya tidak jangka mereka sejahil itu, sehingga tidak mengetahui bagaimanakah bentuk pakaian Islam yang sebenarnya, sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt. Firman Allah swt di dalam surah an Nuur ayat : 31

[ Katakan kepada orang - orang perempuan yang beriman , supaya mereka merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka melabuhkan tudung hingga ke bawah dadanya.

Janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anaknya, anak suaminya, saudaranya, anak saudaranya yang lelaki, anak saudaranya yang perempuan, perempuan muslimah, hamba sahayanya, orang-orang yang mengikutnya dari kalangan lelaki yang tiada syahwah kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan.


Jangan mereka berjalan sambil menggoyangkan kakinya supaya diketahui orang perhiasan yang tersembunyi. Bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman mudah-mudahan kamu beroleh kejayaan. ]


5. Datin Seri Rosmah telah diberikan peluang oleh Allah swt menjadi orang penting dan berpengaruh dalam negara ini. Suami Datin Seri adalah orang bertanggungjawab memimpin negara sebagai Perdana Menteri. Malang jika kedudukan yang dimiliki itu membawa Datin Seri jauh daripada Allah swt. apalagi secara terbuka menentang syariat Allah swt.

6. Baru-baru ini Datin Seri Rosmah berjaya mempengaruhi suami untuk menganugerahkan RM 111 juta bajet negara kepada PERMATA sebagai satu badan yang dipimpin oleh Datin Seri. Kini Datin Seri memiliki segalanya selain suami, iaitu harta dan takhta. Kemungkinan juga ia menjadikan Datin Seri Rosmah sebagai orang paling berkuasa di negara ini .

7. Namun kuasa bukanlah tiket untuk Datin Seri berbuat sesuka hati terutama terhadap agama Islam yang suci ini kerana ia adalah agama milik Allah swt Tuhan yang Maha Berkuasa. Tuhan yang memberi sedikit harta dan takhta kepada Datin Seri. Allah swt berhak dan mampu pada bila-bila masa sahaja menarik kembali segala nikmat yang dikurniakan justeru segala nikmat itu hanya ujian untuk melihatnya hambaNya bersyukur kepadaNya atau kufur .

8. Datin Seri Rosmah boleh memilih untuk bersyukur kepada Allah swt disamping segala keistemewaan dan kemewahan yang dimiliki, tetapi kenapa Datin Seri memilih untuk ingkar dan mempersenda Nabinya saw melalui tindakan Datin Seri menaungi Islamic Fashion Show yang jelas bertentangan dengan Islam? dan pula menghina Rasulullah saw melalui satu khat nama Rasul yang ditulis secara terbalik pada pakaian murahan sebagaimana yang terdapat di dalam gambar di atas.

9. Tindakan Datin Seri Rosmah cukup meninggalkan kesan jengkel dan kesal dalam jiwa ummat Islam yang perihatin. Memandangkan Datin Seri Rosmah cukup berkuasa dalam negara ini, kenapalah tidak dijadikan kuasa yang dimiliki itu benar-benar memartabatkan Islam. Islamic Fashion Show adalah satu idea yang bijak tetapi malang salah pakaian yang di peragakan. Bukan begitu pakaian Islam. Jika Datin Seri keliru, bagaimanalah pakaian Islam yang sebenarnya, Datin Seri boleh merujuk kepada para mufti yang ramai dalam negara kita atau paling tidak Datin Seri boleh merujuk kepada 40 ulama' Muda yang baru-baru telah dirai dengan hebat lagi berprestij dikala mereka menyertai parti yang dipimpin oleh suami Datin Seri .

10. Justeru itu saya melihat jahil bukan alasan dan isunya di sini. Saya bimbang benar Datin Seri bersekongkol dengan pihak musuh-musuh Islam untuk menghina dan mempersendakan Islam lalu menjadikan Datin Seri sebagai boneka. Namun saya harap tidak begitu, sebaliknya apa yang saya harap ialah Datin Seri kembali kepangkal jalan dan bertaubat kepada Allah Azza wa Jalla terutama saat usia kita telah hampir ke penghujung.

11. Biarpun Datin Seri kelihatan masih sihat, muda, kaya dan berharta, namun suka saya mengingatkan kata-kata hikmah yang selalu dilafazkan oleh Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa mati tidak syarat sakit dan mati juga tidak syarat tua. Sementelah jika kita selalu sakit dan usia pula telah meningkat tua.

12. Datin Seri berdepan dengan amanah ummah. Datin Seri masih ada ruang dan peluang untuk berbakti kepada ummah dan mentaati Allah Azza wa Jalla.

Pertama, janganlah diulang lagi kesilapan serupa. Tarik diri dari terus menaungi program mungkar seperti penganjuran islamic Fashion Show yang menghina Islam dan mengelirukan ummah.


Kedua, melalui PERMATA yang dipimpin oleh Datin Seri, setelah memiliki peruntukan sedemikian banyak dari bajet negara [ RM 111 juta ], mengatasi peruntukkan Sekolah Agama Rakyat [ RM 95 juta ] dan peruntukan rakyat marhain, Datin Seri sewajarnya manafaat kan anugerah tersebut untuk berbakti kepada agama , negara dan bangsa seperti mempertingkatkan bantuan pendidikan kepada pelajar luar bandar yang rata-ratanya tidak bernasib baik kerana faktor kemiskinan.

Juga membantu ibu tunggal dan anak-anak yatim di seluruh negara tanpa mengira dari parti manakah mereka warisi kemiskinan itu. Jadilah ibu kepada semua rakyat bukan hanya ibu kepada golongan bangsawan dan kenamaan. Rendahkan sayap untuk turun bersama rakyat, bukan hanya singgah dan berpaut di istana hinggap .

13. Andai Datin Seri terbaca atau membaca Memo Taubat yang saya hantar buat tatapan Datin Seri di alam cyber lalu ini, saya harap Datin Seri tidak marah kepada saya. Justeru saya hanya menyeru agar Datin Seri kembali kepangkuan Islam dengan melaksanakan suruhan Allah swt seperti menutup aurat lalu bertaubat kepada Allah swt atas kesalahan lsilam. Lantas pimpinlah tangan suami Datin Seri ke arah jalan yang betul agar ia menjadi Perdana Menteri yang juga taat kepada Allah swt.

14. Bicara atau Memo Taubat yang saya nukilkan ini memang tidak sedap di dengar oleh Datin Seri berbanding bisikan-bisikan para penasihat istana Datin Seri yang senantiasa mengampu dan memuji. Percayalah, kata-kata itu bukan kerana mereka kasihkan Datin Seri tetapi menjadikan Datin Seri lupa diri dan semakin angkuh di puncak bumi.

15. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia bahkan seluruh ummat Islam yang terkilan dengan tindakan yang diambil oleh Datin Seri dalam menaungi program mungkar ini sangat berharap agar Datin Seri kembali menyusur pulang ke pangkal jalan dan insyaalah tidak hilang bisa ular dek kerana menyusur akar sebaliknya tawar ilmu sang pendita dek kerana menyusup laku.

NASRUDIN HASSAN TANTAWI
KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA





SZ : Jadikan memo ini sebagai muhasabah untuk kita semua. Sekadar nasihat untuk diri sendiri..

TV3 Didenda RM50,000 Kerana Menghina Islam

TV3 akhirnya telah dikenakan denda maksimum RM50,000 setelah didakwa menyiarkan Iklan Raya Sinari Hari Lebaran yang penuh kontroversi kerana mengandungi unsur-unsur menghina dan mempersenda Islam. TV3 menyiarkan iklan tersebut sebelum Hari Raya yang lepas. Penyiaran iklan tersebut telah mengundang rasa marah seluruh umat Islam di Malaysia kerana iklan tersebut mengandungi unsur-unsur Krismas di dalamnya dan merendahkan martabat Islam. Akan tetapi, berbaloikah denda RM50,000 tu bagi diorang? Huh.. Takat RM50,000 tu apala sangat kan bagi diorang..

*********************

TV3 fined RM50,000 for humiliating and insulting Islam

KUALA LUMPUR, Oct 21 — TV3 has been slapped with the maximum RM50,000 compound for its controversial Hari Raya advertisement Sinari Lebaran as it had “humiliated and insulted” Islam.
Information, Communication and Culture Deputy Minister Datuk Joseph Salang Gandum, in his reply to a question from Zulkifli Noordin (Ind-Kulim-Bandar Baru) during Question Time in Parliament this morning, confirmed that the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) had completed its investigation of complaints made against the advertisement under section 206(3) of the MCMC Act and had decided to slap the television station with the maximum compound.
“In reference to the case, which was said to have insulted and humiliated Islam, TV3’s Sinari Lebaran, I would like to state here that MCMC has completed its investigation and has decided to fine TV3 with the maximum compound of RM50,000 under the Act,” he told the House.
TV3 took the advertisement off the air just before Hari Raya following objections from several Muslim groups who complained that it contained elements of Christmas in it and was degrading to Islam.

KLIK SINI untuk melihat video iklan tersebut serta bukti-bukti ia menghina dan mempersenda Islam.

SZ : Festival Fesyen Islamik yang kononnya Islamik tu plak apa citer? Takkan takde tindakan kot? Takot ke sebab bini PM yang kepala? huh!

Wednesday, October 20, 2010

Rosmah Mansor Dalang di Sebalik Festival Fesyen Hina Islam


Para pemimpin NGO Islam disarankan agar mengkaji tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang disifatkan sebagai menghina Islam ketika menganjurkan Islamic Fashion Festival (IFF). Bagi anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali, IFF jelas menghina Islam apabila menggunakan nama agama untuk mengesahkan tindakan penganjuran pertunjukan yang tidak wajar itu. Lebih malang, tulisan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat. "Kita berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark, di sini di Malaysia, seluruh maruah Islam ditelanjangkn oleh IFF tersebut, "kata Lo' Lo' kepada Harakahdaily. Beliau mengulas IFF yang dianjurkan oleh Rosmah baru-baru ini. Walaupun dinamakan Islamik tetapi fesyen yang diperagakan tidak sesuai dengan Islam bahkan Rosmah sendiri tidak memakai pakaian yang sesuai dengan Islam ketika merasmikan program IFF itu.

Lo' Lo' juga kesal dengan sesetengah NGO Islam yang dipergunakan untuk menyokong bajet yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib. "Saya dapat maklumat ada beberapa NGO Islam diminta membuat memo menyokong bajet PM. "Saya nak tanya NGO-NGO Islam ni, tak terasa langsung ke nak bantah penghinaan terhadap Islam oleh Rosmah atas penganjuran Islamic Fashion Festival yang penuh dengan kemungkaran dan kemaksiatan terhadap Allah serta pengkhianatan atas muslimah seluruhnya?",tanya Lo' Lo'.


Ado orang cakap Rosmah Mansur bukan penganjur Islamic Fashion Show (IFF) tapi dijemput hadir. Tapi kalau tengok kt gambar ni, Rosmah Mansur adalah 'Founding Patron' bagi IFF. Korang tengok ayat yg telah digarismerahkan tu. Apakah maksud 'founding patron'?

1] Founding Patron bermaksud penaung serta org yg bagi support dari segi financial dan material. Kalau Rosmah Mansur bagi sokongan kewangan, pasti bukan duit dia yang dia pakai. Tapi pakai duit cukai rakyat. Rosmah Mansur kalau korang tgk muka pun tahu adalah seorg pompuan yg kedekut. Apakah maksud pemahaman korang pulak?

2] Islamic Fashion Show berasal dari Malaysia, diasaskan oleh Dato' Raja Rezza Shah dan dinaungi secara glamour oleh Rosmah Mansur.

3] Walaupun namanya Islamic Fashion Show, tapi ia tidak Islamik langsung. Ia secara halus MENGHINA agama Islam oleh orang Islam sendiri. Untuk lebih khusus, orang Islam Malaysia yg menghina agamanya sendiri. Ia serupa seperti Dr. Aminah Wadud menghina agamanya sendiri dengan menjadi Imam Solat utk lelaki dan perempuan.


Video berkenaan festival tersebut juga telah di'delete' di Youtube. Kenapa? Sendiri mau ingat la kan. Berani kerana benar. Takut kerana? Lu pikir la sindri!


Sebuah FanPage yang menuntut Rosmah meminta maaf kepada semua Umat Islam juga telah diwujudkan.. Sila KLIK SINI!

*Sumber di atas diperolehi daripada FanPage KBSB di Facebook.


SZ : Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan..

Sotong Ramal Kedah Tewaskan Kelantan

Paul the Octopus kini kembali! Paul meramalkan Kedah akan menang menentang Kelantan pada malam nanti! Adakah ramalan Paul sekali lagi  akan menjadi kenyataan? Adakah Paul sekali lagi akan membuka mata dunia setelah beliau membuktikan kehebatannya meramal tepat semua keputusan perlawanan Piala Dunia yang lepas? Sama-sama kita saksikan keputusannya. hahaha.. 


Pada malam ini di Stadium Darulaman, akan berlangsung perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di antara pasukan negeriku, Kedah menentang Kelantan. Kedua-dua pasukan beraksi baik ketika membenam lawan masing-masing ketika suku akhir Sabtu lepas. Kedah membenam Terengganu 3-0 sekaligus layak dengan agregat 5-2. Manakala Kelantan juga menang 3-0 membenam Selangor. Tahniah aku ucapkan kepada Kelantan kerana berjaya menyingkirkan Selangor. Boring kan asyik Selangor ja yang nak menang. Tau la anak emas FAM! Ehh.. Penyokong Red Giant jangan marah. Gurau je.. hehe..

Apa-apapun, diharapkan keganasan tidak akan berlaku di Alor Star, mahupun di Kota Bahru nanti. Bersainglah secara sihat. Para penyokong plak cubalah bersikap matang dan profesional. Jangan tiru budaya hooligans seperti di luar negara. Kalah menang adat pertandingan. Aku pun bengang kalau pasukan feveret aku kalah. Tapi tak payah la nak gaduh-gaduh. Kalau gaduh pun, bukannya dapat ubah keputusan tu. Dapat sakit ja. Yang mati pun ada.


Semoga skuad Hijau Kuning mampu melangkah ke final pada tahun ini untuk bertemu samada pasukan Negeri Sembilan ataupun Johor FC sekaligus dinobatkan sebagai JUARA! InsyaAllah..

Pulun KEDAH Pulun!

SZ : Jangan percaya dengan sotong tu! Syirik! Gambar di atas sekadar suka-suka. Pikiaq pakai akai! :D

Tuesday, October 19, 2010

35 Jahitan di Leher Adikku

Akibat daripada pembedahan di lehernya, adikku telah menerima 35 jahitan.. Adikku kini dilaporkan semakin stabil. Sekarang dia dah boleh bercakap walaupun suaranya agak serak sedikit. Makan pun dah semakin berselera. Nak pergi tandas pun dah boleh jalan sendiri guna kerusi roda. Kalau tak sebelum ni perlukan pertolongan orang ramai coz wayar berselirat di badan. Wayar-wayar pun dah mula dicabut satu persatu. Dah tak serabut sangat dah.

Tadi aku call dia. Aku boleh dengar la keserakan suara dia. Aku tanya sakit lagi tak leher tu? Dia cakap dah tak sakit sangat dah. Jahitan di leher beliau pun mungkin dah boleh dibuka pada hari esok atau lusa. Hari Jumaat ni dia dah dibenarkan keluar dari wad HUSM, Kubang Kerian. Ayah dan Mak aku akan bawa dia pulang ke rumah kami di Kedah. Dia dapat cuti sebulan. Dan cuti sebulan tersebut akan berlanjutan hingga cuti sekolah. Maknanya adik aku akan terlepas pengajian dan peperiksaan di sekolahnya di Kelantan iaitu Maahad Tahfiz Al-Manar. Tinggallah kembar dia seorang diri kat sana.

Kat bawah ni ada 2 keping gambar adikku.. Gambar ni adik perempuan aku MMS kat aku. Korang boleh nampak kan kesan jahitan di leher dia akibat pembedahan tu. Nampak agak ngeri dan menyakitkan. Aku tengok pun nampak sakit. Apatah lagi tuan empunya badan.


Syukur Alhamdulillah pembedahan tersebut berjaya. Walaupun lehernya mungkin akan berparut kekal, tetapi nyawa lebih penting. Semoga dia semakin tabah dan cekal menghadapi hari-hari yang bakal mendatang. Terima Kasih lagi aku ucapkan pada yang sudi memberi perhatian dan berdoa. Syukran Jazilan.

SZ : Sebelum tu aku nak bertanya. Adakah parut pembedahan akan kekal? Ada tak petua ataupun cara untuk hilangkan parut? Ada sesiapa yang mempunyai pengalaman ataupun petua untuk dikongsikan tak?

Monday, October 18, 2010

Konvoi Ulat Bulu

Aku ingatkan kereta dan motosikal ja boleh konvoi. Ulat bulu pun boleh? ahaha.. Tapi itulah keajaiban alam dan kebesaran Allah Yang Maha Esa.. Subhanallah.. Jom kita tengok gambar-gambar ulat bulu berkonvoi. Cantik je diorang beratur buat barisan cam keretapi. Comel je.. hehe..




Konvoi ulat bulu melintas jalan ini adalah sepanjang 17 kaki. Sebanyak 136 ulat membuat barisan tunggal, dihubungkan oleh sebuah benang sutera tipis yang mengatur jalan mereka. Dengan barisan tersebut, mereka lebih selamat melintas jalan di mana konvoi yang bergerak lambat itu boleh dilihat pemandu kenderaan yang berhenti selama 20 minit menunggu ulat bulu itu menyeberang. Gambar tersebut dirakamkan di Taman Nasional Kruger, Afrika Selatan.

SZ : Jangan jadi ulat bulu. Jadilah ulat buku.. :D

Sunday, October 17, 2010

Kek Untuk Pasangan Bercerai

Korang semua mesti selalu tengok kan wedding yang grand yang ada kek tingkat-tingkat mengalahkan KLCC tu? Nampak sedap giler kan. Bukan saja kek, pulut kuning pun ada yang wat tingkat-tingkat. Pastu pasangan pengantin akan pegang pisau sama-sama dan potong kek tu. Lepas potong, suap-menyuap ke mulut pasangan antara satu sama lain. Romantik kan. Tapi korang pernah tengok kek untuk pasangan bercerai? Apa? Ingat takde ke kek untuk orang bercerai? Ingat orang kahwin je ada kek? haha.. Jom layan gambar-gambar kek untuk pasangan bercerai kat bawah nie.. Zasss..







Sedap tak? Rasa berselera tak tengok kek-kek kat atas? ahaha.. Tapi kan, kalau korang perasan, kek-kek kat atas semuanya lelaki yang menjadi mangsa wanita. Kek yang terakhir je pompuan jadi mangsa. Kenapa eh? Adakah ini menunjukkan punca penceraian bermula daripada pompuan? hehe.. Gurau je.. Jangan marah ok.. Sebenarnya punca penceraian datang daripada kedua-dua belah pihak.. Bagi pasangan yang dah berkahwin, sama-samalah pelihara mahligai yang dibina bersama isteri atau suami hingga ke akhir hayat.. Insya Allah..

SZ : Mendirikan rumahtangga ibarat mendirikan masjid.. So, peliharalah masjid itu daripada roboh.

Saturday, October 16, 2010

Kenangan Cinta Monyet

Apa itu Cinta Monyet? Kisah percintaan antara 2 ekor monyet kah? Atau bercinta dengan monyet? huhu.. Cinta Monyet bermaksud cinta budak sekolah. Korang ada pengalaman cinta monyet tak? Aku ada satu kenangan cinta monyet yang aku pernah alami masa sekolah rendah dulu. Aku pernah suka kat seorang anak cikgu kat sekolah aku. Wahh.. Baru sekolah rendah dah gatal. Gedik kan aku. hehe.. Itulah kenangan yang tak mungkin dapat aku lupakan seumur hidup aku. Bila terkenang je, mesti aku tersenyum sorang-sorang cam orang gila. Memang indah dah melucukan bagi aku.

Tahun 1996, masa tu aku darjah 3. Aku ada 'admire' kat sorang budak pompuan darjah satu. Mestilah pompuan kan. Tak kan lelaki. Gua straight beb.. haha.. Nama dia Alya (bukan nama sebenar). Dia comel sangat-sangat. Aku jatuh cinta pandang pertama kat dia. Aku rasa dia ni lain. Tiap kali waktu rehat, mesti aku ushar dia dari jauh. Tengok dia main kejar-kejar ngan budak sekelas dia. Tapi bila aku tengok dia kejar-kejar ngan budak lelaki, timbul satu perasaan cemburu dalam hati aku. Memang aku rasa jeles tak hingat punya. Aku ni dahla pemalu. Memang tak la aku nak pegi ngorat. Memang aku simpan lam hati jela perasaan aku tu. Alya ni sekelas ngan adik perempuan aku. Kebetulan diorang ni kawan baik. Tiap-tiap hari, balik je dari sekolah aku mesti tanya adik aku pasal Alya.

Masa aku darjah 4, nak dijadikan cerita, suatu hari aku lalu la kat depan kelas adik aku ngan kawan aku pada waktu rehat. Masa tu aku dah tahap dua. Diorang tahap 1. So, waktu rehat dah tak sama. Sambil lalu aku ushar la ke dalam kelas adik aku tu. Tercari-cari si Alya tu. Maklum la.. Rindu kata kan.. hehe.. Balik sekolah je, adik aku cerita yang Alya ada cakap sesuatu pasal aku. Alya cakap kat adik aku, "Yang pakai songkok tu abang awak ka? Hensem la". Waktu tu aku jadi pustakawan. Pustakawan kena pakai songkok. Wah.. Bila aku dengar je adik aku bagitau camtu, terus suar aku koyak. Kembang tak terkira la katakan. Terus dalam hati ada taman. Berbunga-bunga indah.. haha.. Gatai..

Lepas tu, mula la aku syok sindri. Aku fikir mesti dia pun syok kat aku jugak. Dia memuji kehenseman aku tu maknanya dia dah bagi 'green light' la tu. Memang aku perasan tak hingat la time tu. Lepas tu aku mula yakin skit. Aku meneruskan perjuangan aku untuk memenangi hati dia. Masa tu, majalah 'Ana Muslim' agak popular kat sekolah aku dulu. Tiap-tiap bulan aku beli, tak pernah miss.. Bila beli, dapat percuma satu buku nota kecik. Aku koyak sikit buku nota tu, aku tulis surat kat dia. Surat cinta beb! haha.. Ala.. Aku tulis simple je.. "Alya.. Saya suka kat awak". Pastu lukis 'love' skit siap ada anak panah cucuk 'love' tu.. And then, suruh budak passing. Guna posmen karat. Bukan tak gentle ok.. Cuma nak nampak lbey romantik.. Chewahh.. Padahal aku malu sebenarnya.. Bila sampai surat tu kat tangan dia,  dia datang bawak geng macam nak serang aku ja. Aku apa lagi.. Kecut perut la.. Terus lari sembunyi kat dalam toilet.. Balik rumah, adik aku story sebenarnya diorang datang ramai-ramai coz nak balas 'nota cinta' aku tu. Perghh.. Siap angkat geng.. Segan la aku.. Aku ingat dia nak sound aku coz kecik-kecik dah gatal. Rupanya dia pon suka aku.. Ahaha.. Indahnya waktu itu..

Bila dah 'declare', maka bermulalah bibit-bibit percintaan kami. Chewah.. haha.. Masa tu, kalau ada budak sekelas dia yang kacau or usik dia, memang siap la kena ngan aku. Satu bangunan aku kejar. Waktu tu memang aku geram sangat-sangat kat 2 orang budak laki dalam kelas dia. Aku ingat lagi nama diorang. Syazwan ngan Azuan. (Harr.. Yang dua nie nama sebenar.. ;-p) Diorang ni muka boleh tahan gak la market. Rapat jugak ngan Alya tu. Aku pun secara otomatik rasa tergugat la kan. Masa kelas fardhu ain petang, aku pegi sound budak 2 ekor tu. Masa petang berani la coz Alya tu tak amek kelas fardhu ain petang kat sekolah tu. So, aku bebas tunjuk power n bajet bagus. Haha.. Siyot je kan.. Alya ni jugak ada adik lelaki darjah 1 pada masa tu. Tiap kali sebelum balik, aku pegi jumpa adik dia, aku rasuah gula-gula 2, 3 bijik or duit seposen, aku suh dia kem salam kat akak dia. Sampai camtu sekali..

Masa hari sukan, kebetulan aku Rumah Biru, sama ngan Alya. Aku ada berpakat ngan kawan-kawan aku, kitorang lumba lari. Tapi aku rasuah diorang supaya aku menang. Bila menang mesti la Alya kagum ngan aku kan.. hehe.. Begitulah pemikiran budak-budak masa tu. Dan aku paling suka kalau kawan-kawan gurau-gurau cakap aku nak kawen ngan Alya. Siap baling-baling rumput lagi kat kami. Seolah-olah merenjis-enjis dipilis.. huhu.. Waktu hari sukan tu lah, 1st time aku borak face to face ngan Alya. Balik rumah, tidur tak lena. Terbayang-bayang ja muka dia. Tiap-tiap pagi aku datang awal ke sekolah semata-mata nak tengok dia.

Alya ni anak cikgu sekolah aku tu jugak. Tapi ibu dia tak pernah mengajar aku pun. Masa aku darjah 6, Alya darjah 4.. Alya terpaksa berpindah ke sekolah berhampiran rumah dia. Tapi mak dia still stay mengajar kat sekolah aku. Ada suatu hari, dekat nak raya. Masa tu dalam makmal Sains. Tiba-tiba Cikgu Jasmin panggil aku ke depan. Cikgu tu garang. Aku cuak la jugak kan. Aku ingat aku ada buat salah ke hape. Rupa-rupanya dia nak bagi kad raya kat aku. Kad tu Alya yang bagi. Dia bagi melalui ibu dia, Ibu dia bagi kat Cikgu Jasmin. Sejak daripada hari itu, kalau aku terserempak or terselisih ngan ibu dia kat sekolah, mesti aku mengelak. Kalau nampak dari jauh, cepat-cepat aku lari dan sembunyi coz aku segan. Yela.. Dalam palotak aku waktu tu, kompom si ibu tu marah kat aku coz kecik-kecik dah ada hati nak bercinta ngan anak dia. Padahal sebenarnya ibu dia sporting giler. Aku je yang takut n pikir negatif.

Sejak dia pindah sekolah tu, kami lost contact. Aku rindu sangat-sangat kat dia. Bila aku pergi sekolah, aku mesti terkenangkan memori dengan Alya. Walaupun dah masuk sekolah menengah, bila lalu je depan sekolah tu, aku terbayangkan wajahnya. Aku pernah jugak cuba jejak kasih dia. Cari dia. Tulis surat. Tapi no respon. Aku terbayang jugak macammana la rupa dia skang ni agaknya. Masa zaman aku layan Friendster dulu pun, aku ada try search nama dia. Tapi tak jumpa. Tiba zaman Facebook pun aku still search nama dia. Tak jumpa.

Sehinggalah 3 Mei 2010, aku ada ternampak dia punya FB kat page 'Alumni Sek Keb Pokok Sena'. Aku terus add! Waktu tu memang aku happy giler. Teruja! Excited tak hingat! Giler kau. Setelah 12tahun terpisah, akhirnya aku jumpa jugak insan yang paling aku 'wanted' selama ini. Perasaan frust kena tinggal ngan awek pon hilang bila aku jumpa FB Alya ni. Muka dia memang maintain cam zaman kanak-kanak dulu. Sejak daripada hari tu, kami chat di FB, YM dan aku pun ayat mintak nombor tipon dia. Mula-mula dia jual mahal. Tapi last-last dia sendiri yang contact aku bila aku bagi nombor kat dia. Sekarang kami sudah berkahwin dan mempunyai 8 orang anak. Ok, yang tu tipu.. ;-p


SZ : Adakah Cinta Monyet akan bertukar menjadi Cinta Gorilla? Adakah ia sesuatu yang mustahil? Tentu unik kan seandainya itu berlaku. 1 dalam 1000..

Friday, October 15, 2010

Adikku Memberontak Tak Kenal Mak Ayah

Pagi tadi adikku dah sedar. Tapi bila dia sedar, dia memberontak. Dia tendang sana, tendang sini. Dia tak kenal orang disekeliling termasuk Mak dan Ayah aku. Dia terkejut melihat wayar-wayar berserabut di badan dan mahu mencabutnya. Mungkin apabila bius habis, dia terasa sangat sakit disebabkan banyak luka di bahagian dalam lehernya ketika pembedahan. Doktor terpaksa menyuntik ubat tidur bagi menenangkannya. Sekarang dia masih ditahan di ICU. Walaubagaimanapun, tekanan jantung dan darahnya dilaporkan stabil.

Aku sekarang berada di rumah kami di Kedah. Aku tiada di sisi adikku ketika ini. So, aku tak dapat berikan gambaran jelas mengenai keadaan adikku sekarang. Aku hanya mendapat gambaran melalui ibuku di telefon. Adikku dibedah di HUSM Kubang Kerian, Kelantan. Bagi yang tertanya-tanya apa sebenarnya terjadi, anda boleh rujuk 2 link di bawah.


Mohon jasa baik kalian semua untuk terus berdoa bersama-sama agar adikku itu sembuh serta pulih seperti sediakala dengan secepat mungkin. Amin Ya Rabbal Alamin....


SZ : Bila aku tengok gambar dia, aku jadi sebak sangat-sangat.. Tak dapat kubayangkan kalau aku tengok tubuh badan dia berselirat dengan wayar-wayar..

Thursday, October 14, 2010

Pembedahan Berjaya! Syukur Alhamdulillah...

Hampir 11 jam proses pembedahan tersebut berlangsung. Melebihi jangkaan 8 jam kerana keadaan agak kritikal dan banyak ketumbuhan kanser yang perlu dibuang. Alhamdulillah.. Pukul 9mlm sebentar tadi, pembedahan tersebut berakhir dengan selamat. Keadaan jantung adikku dilaporkan stabil. Tapi beliau masih belum sedar dan memerlukan alat bantuan pernafasan. Terlalu banyak luka di bahagian lehernya. Dan dia akan dimasukkan ke ICU sehingga keadaan dia benar-benar stabil.

Hari ini hampir seharian aku membaca Yassin, solat hajat, berpuasa dan berdoa dengan penuh linangan air mata agar Allah mempermudahkan segala urusan agar pembedahan berakhir dengan selamat. Aku juga berdoa agar Allah menyembuhkan segala penyakit adikku dan memohon Allah memanjangkan umurnya. Sesungguhnya aku belum bersedia untuk kehilangannya kerana terlalu banyak dosa aku kepada adikku yang masih belum tertebus. Aku bersyukur kerana Allah masih memberi kesempatan untuk aku mencurahkan kasih sayang aku sebagai seorang abang kepada semua adik-adikku. Sebak di dada, hanya Allah yang tahu. Aku benar-benar berterima kasih dan bersyukur pada-Mu Ya Allah.. Alhamdulillah..

Tidak lupa juga kepada semua ahli keluarga serta sanak saudara yang lain yang turut sama berdoa. Kepada rakan-rakan di alam blog ini, ribuan terima kasih aku ucapkan kerana sudi memberi kata-kata semangat dan doa di dalam entry yang lepas. Juga kepada rakan-rakanku di Facebook yang tidak putus-putus berdoa. Ada juga rakan-rakan yang sanggup buat bacaan Yassin dan solat hajat. Aku benar-benar terharu. Hanya Allah yang  dapat membalas jasa kalian. Syukran Jazilan.. Dengan berkat doa kalian juga, pembedahan ini berjaya. Syukur Alhamdulillah! Terima Kasih Ya Allah... Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Selepas berakhirnya pembedahan ini, aku harap adikku akan cepat sembuh seperti sediakala kembali. Akan tetapi, satu lagi penyakitnya iaitu sakit tulang belakang, harus juga diberi perhatian. Penyakit itu juga mungkin memerlukan lagi satu pembedahan dalam jangkamasa 2 atau 3 tahun lagi. Ya Allah.. Banyak sungguh penyakit yang engkau berikan pada adikku itu. Aku memohon pada-Mu, engkau ringankanlah penderitaannya Ya Allah. Aku tidak terdaya lagi melihat kesakitan yang terpaksa disembunyikan di sebalik wajahnya yang tenang itu Ya Allah... Mudah-mudahan setiap apa yang berlaku, ada hikmahnya.. Aminnn...
adikku bertongkat ketika hari raya 2 tahun lepas disebabkan kecederaan di kaki ketika beriadah di pantai

SZ : Sayangi dan berilah perhatian kepada ahli keluarga anda sentiasa.. Jangan tunggu sehingga mereka jatuh sakit dan berada di hujung nyawa baru anda hendak gelabah..

Wednesday, October 13, 2010

Kelebihan Membaca Surah Yassin


RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Ridwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

SZ : Surah Yassin juga adalah jantung Al-Quran.. Sama-samalah kita amalkannya sekurang-kurangnya setiap malam Jumaat.. InsyaAllah.. Sekadar nasihat untuk diri sendiri..

Tuesday, October 12, 2010

Doakan Pembedahan Leher Adikku Berjalan Lancar!

Doktor dah mengesahkan yang adik aku ada Kanser Thyroid, Papillary Carcinoma. Kes ini jarang-jarang sekali berlaku terhadap budak yang sebaya dengan dia. Dia sekarang berumur 16 tahun. Sel thyroid tersebut sangat hiperaktif. Ada lebih daripada lima ketulan dikesan. Doktor suggest supaya pembedahan segera dijalankan secepat yang mungkin.. Its about major surgery, about 8-10 hours.. He has to be physically and mentally fit, strong and ready to be operated. After surgery, kena buat radiotheraphy to make sure semua sel kanser are destroyed completely.

13 Oct 2010, iaitu Rabu besok, adik aku akan ditahan di wad HUSM, Kelantan. Dia akan dibedah pada hari Khamis, 14 Oct 2010, pukul 9pagi. Mak dan Ayah aku baru saja bertolak ke Kelantan pada petang tadi. Tinggallah aku sorang-sorang kat rumah di Kedah ni. Aku harap supaya pembedahan tersebut berjalan dengan lancar. Diharapkan juga ketumbuhan itu berjaya dibuang sebelum ia membesar. Semoga beliau selamat dan dipanjangkan umur. Kami sekeluarga pun dah buat majlis bacaan Yassin serta Solat Hajat pada minggu lepas. Justeru, aku mohon juga jasa baik kalian untuk mendoakan beliau.


Adik yang aku maksudkan tu adalah adik aku yang ke-5.. Kembar kepada adik aku yang ke-4.. Aku pernah posted entry mengenai kembar tu sebelum nie.. Entry bertajuk Bagaikan Kembar Empat. Adik aku yang nie memang banyak penyakit. Aku kesian sangat-sangat kat dia sebenarnya. Sakit tulang belakang dia pun belum sembuh, dah dapat penyakit thyroid ni plak. Sebelum ni kena batu karang, tapi dah setel dah. Dia sakit tulang belakang sejak lahir. Tapi bila dia berumur 14 tahun, baru penyakit tu dapat dikesan coz tulang tu semakin membengkok bila dia semakin membesar. Satu disc tulang belakang dia tiada sejak lahir. Disc yang ke3 dari bawah. Sekarang ni dia terpaksa pakai bengkung. Pembedahan tulang belakang tak pasti lagi akan dijalankan atau tidak coz doktor nak tengok perkembangannya dalam tempoh dua tahun lagi. Kalo bedah, kena gantikan besi sebagai disk palsu untuk menyokong tulang belakangnya. Tu pun risiko jugak tu.

disk tulang belakang adalah yang berwarna biru tersebut
Adik aku tu memang aktif bersukan. Kadang-kadang dia terlampau aktif sampai tak hiraukan kesakitan dia tu. Kami sekeluarga plak yang jadi risau. Lagi satu, dia ni memang seorang yang rajin menolong. Kalau kat rumah tu, dialah orang yang pertama akan menyahut kalau mak aku mintak tolong kat dapur. Aku harap sangat-sangat semoga Allah makbulkan doa kami sekeluarga supaya pembedahan tersebut berjalan dengan lancar dan selamat. Inilah risiko anak kembar. Salah seorang mungkin akan mengalami masalah kesihatan. Aku harap setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Ya Allah.. Makbulkanlah doa hambamu ini Ya Allah..

SZ : Walaupun aku bukan seorang abang yang baik, tapi hakikatnya aku terlalu sayangkan semua adik-adik aku.. T_T

Sunday, October 10, 2010

Khasiat Bercium

Comolot pon ada khasiat ke? Ahli perubatan mendapati bahawa berciuman baik untuk kesihatan.. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit. Apa kelebihan berciuman dari sudut kesihatan?

1. Berciuman dalam waktu yang lama boleh membantu sistem sirkulasi kita. Ketika berciuman, degupan jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per minit.

2. Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. Ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.

3. Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi.

4. Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Bercium dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.

5. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahawa dengan ciuman mengghairahkan tiga kali per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu menghilangkan berat badan.

6. Berciuman dikenali sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.

7. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi yang menegang kerana ciuman yang berghairah mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

8. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolesterol.

9. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.

10. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu mengurangi sakit.


11. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak melakukan rutin ini.

12. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.


AMARAN KERAS : Jangan jadikan info ini sebagai alasan untuk anda berciuman dengan pasangan anda jika anda masih belum ada ikatan dengannya. Berciuman dengan pasangan secara haram pula sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan. Juga boleh membawa anda kepada azab neraka yang amat dahsyat! Nauzubillah..
SZ : Selamat bercium... hehehehe..

Ada Apa Dengan Tarikh 10.10.10?

Tarikh hari ini ialah 10.10.10.. Tarikh yang dianggap paling cantik pada tahun ni.. Nak dapatkan tarikh 10.10.10 ni lagi bukannya senang. Kena tunggu lagi 100 tahun la jawabnya. Tahun 2110.. hehe.. Sekarang ni, ramai orang yang taksub dan gilakan tarikh yang cantik dan unik seperti ini untuk diabadikan sebagai tarikh bagi sesuatu peristiwa penting dalam hidup diorang untuk dikenang.

Contohnya, ramai yang memilih melangsungkan pertunangan ataupun perkahwinan pada tarikh ini dengan pasangan masing-masing. Termasuklah Angkasawan Negara kita, Dato' Dr Sheikh Muszaphar  Shukor yang bakal melangsungkan perkahwinan pada hari ini dengan buah hatinya, Dr Halina Mohd Yunos. Golongan pakwe2 pulak, pasti ada yang merancang utk melamar ataupun 'declare' dengan orang yang dicintai. Bagi bayi-bayi yang lahir pada hari ini juga, pasti akan berbangga melihat nombor yang tertera di kad pengenalan diorang apabila dewasa kelak.

Aku akui, tarikh 10.10.10 ada keistimewaannya tersendiri. Tapi aku lebih gemar tarikh istimewa pada tahun hadapan iaitu 11.11.11.. Lagi cantik kan..? Nombor satu semua.. Memang terbaek ah! Korang amacam? Apa perancangan korang pada hari ni untuk diabadikan sebagai tarikh yang akan dikenang sepanjang hidup korang? Aku? Aku tidur je.. ahhahaha... Ada apa sangat dengan tarikh? :D

SZ : Jangan lupa tarikh dalam bulan Islam.

Saturday, October 9, 2010

Bagaikan Kembar Empat

Setelah aku lihat blog seorang ibu kepada anak kembar tiga, aku terfikir nak cerita pengalaman aku mempunyai adik 'kembar empat'.. Aku memang ada adik yang dilahirkan kembar. Tapi kembar dua je. Kenapa aku cakap kembar empat? Sebab adik aku yang lagi dua orang tu hampir sebaya ngan si kembar tu. Beza setahun je.
adikku si kembar dua
Adik kembar aku tu lahir tahun 1994. Adik yang bawah si kembar tu, lahir tahun 1995. Kalau pergi mana-mana, mesti orang ingat diorang kembar tiga coz saiz badan yang sama. Yang lahir tahun 1995 tu memang badan dia cepat membesar pada masa tu. Tambahan pulak mak aku suka beli baju yang sama kat diorang bertiga. Lagi la nampak macam kembar bila pakai baju sama. Kadang-kadang tu si adik taknak pakai baju yang sama macam abang kembar dia. Dia cakap malu.. haha..
adikku bagaikan kembar tiga
Tahun 1997, keluar pulak yang bongsu. Maka cukuplah kuota 4 anak kembar lelaki. hehe.. Bila diorang berempat dah makin membesar, kemana sahaja diorang pergi, orang akan ingat diorang kembar empat pula. Diorang berempat membesar sebagai satu geng. Apa sahaja yang diorang buat, akan dilakukan secara berempat.
cukup kuota 4 kembar lelaki
Susah tak nak jaga anak kembar? Har.. Tanyalah mana-mana ibu yang pernah melahirkan anak kembar. Anak kembar ni lain macam sikit karenah dia. Aku sebagai abang sulung kepada adik-adik 'kembar empat' aku tu pun pening kepala nak handle diorang. Punyalah nakal. Tambahan pulak diorang berempat satu kepala walaupun selalu bergaduh. Suara ni dah tak larat nak terpekik terlolong melarang dan menegur perilaku diorang. Bukti kenakalan diorang ada terpahat kat kepala masing-masing. Semua pernah berjahit di kepala. haha.. Tapi seronok sebenarnya melihat telatah budak-budak kembar ni..

Sekarang ni, masing-masing dah sekolah menengah. Si Kembar sekarang ni belajar kat Maahad Tahfiz kat Kelantan. Dah Tingkatan 4 dah. Adik kepada kembar plak sedang menghadapi PMR. Si Bongsu plak tingkatan 1. Walaupun berbeza umur, saiz badan kami semua hampir sama. Semua tinggi lampai. Baka kami pun tinggi. hehe.. Owh yaa.. Aku ada 7 beradik.. Semua hero.. Cuma seorang ja heroin.. Jenuh la ayah aku nak wat kenduri nanti. Ramai hero.. hehe..

Nak tengok Si Kembar Tiga yang original tak? Korang boleh lawat blog Mama Kembar 3... Bila aku tengok blog tu, aku teringat kat adik-adik aku. Yela.. Masing-masing dah berjauhan. Bila aku selak-selak album gambar yang lama, rasa sebak pun ada. Rindu masa dulu-dulu. Nostalgia..
har.. yg nie bukan adik aku.. nie la kembar tiga original tu.. suka gambar nie.. comel kan..
 SZ : Teringin anak kembar? Aku ada gen anak kembar.. Nak? haha.. ;-p

Friday, October 8, 2010

Menara Jam Tertinggi di Mekah Petanda Kiamat

Sebuah menara jam tertinggi di dunia baru sahaja siap dibina di Mekah. Nama lengkap bagi menara jam ini adalah Menara Jam Diraja Mekah atau nama popularnya Menara Abraj Al-Bait. Menara jam ini dibina oleh syarikat pembinaan tersohor Arab Saudi iaitu, Saudi Binladin Group membabitkan 250 tenaga kerja mahir umat Islam. Ianya terletak bertentangan dengan Masjidil al Haram di atas tapak Kubu Pertahanan Ajyad di zaman Khalifah Uthmaniyah yang telah diruntuhkan.

Menara jam berketinggian 601 m

Antara yang menarik mengenai kompleks yang menempatkan menara jam ini adalah ruang legarnya adalah sangat besar, berukuran 1,500,000 m2 (16,150,000 kaki persegi). Ketinggiannya akan melebihi Emirates Park Towers di Dubai yang kini merupakan sebuah hotel tertinggi di dunia dan ianya bakal menempatkan hotel bertaraf 7 bintang. Ini menjadikan menara jam ini sebagai bangunan kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian keseluruhan adalah 601 m, mengatasi menara Taipei 101 (509 meter) dan berada di belakang Burj Khalifa (828 meter).

Jam yang berada pada setiap sudut menara adalah berukuran 43×43m menjadikannya sebagai sebuah jam yang paling besar di dunia. Muka jam yang berdiameter enam kali lebih besar daripada Big Ben di London itu ditulis dengan nama Allah di atasnya dan akan diterangi dua juta cahaya LED. Menara itu turut dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijau yang akan berkilauan sejauh 30 kilometer sebagai pemberitahuan bagi lima waktu solat fardu. Jam ini mengguna pakai waktu standard Arab Saudi, tiga jam ke hadapan daripada Waktu Rasmi Dunia (Universal Time Standard). Terdapat ura-ura mengatakan menara jam tersebut bakal menggantikan Universal Time Standard yang sudah berusia melebihi 126 tahun yang lebih dikenali sebagai Greenwich Mean Time (GMT). Dalam persidangan di Doha pada 2008, ulama dan cendekiawan Islam berpendapat waktu di Makkah adalah waktu sebenar meridian dunia kerana kedudukan Mekah di tengah-tengah dunia.


Terletak bertentangan dengan Masjidil al Haram


Diterangi dua juta cahaya LED pada waktu malam
Spesifikasi bangunan menara jam

Dengan terbinanya menara itu juga, akan mengukuhkan lagi petanda bahawa Hari Kiamat semakin dekat. Ini berdasarkan hadis di bawah :
Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: “Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?” Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: “Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala domba berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.” Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim" (Hadis Riwayat Ibn Majah)
credit salafus-sholih

Ya Allah.. Tetapkanlah iman kami supaya tidak terpesong dengan permainan duniawi ini Ya Allah..

SZ : Jangan buat rumah besar depan masjid kecil..