Banyak pulak aku lihat seruan supaya Umno dan PAS bersatu dengan alasan Melayu perlu bersatu demi Islam? Apa? Islam hanya untuk Melayu sahaja?
Jika itu alasannya, lupakan hasrat tersebut. Bagaimana Umno dan PAS mahu bersatu jika Umno hanya memperjuangkan ketuanan Melayu dan tidak habis-habis meniupkan api perkauman terutamanya terhadap kaum Cina. Sedangkan PAS melaungkan slogan PAS for ALL untuk semua kaum iaitu Melayu, Cina, India dan kaum peribumi yang lain.
Dalam hal ini, aku boleh katakan yang penyokong BN perasan yang Melayu semestinya Islam. Mereka perasan yang Islam hanya untuk Melayu. Mereka lupa yang kaum Cina juga ada Muslim. Kaum India juga ada Muslim. Aku syak Melayu Umno tak faham apa itu kaum dan apa itu agama.
Penyokong Melayu BN lupa yang Barisan Nasional adalah gabungan parti yang tidak bertanding atas logo sendiri iaitu UMNO, MCA, MIC dan 10 lagi parti non-Muslim yang lain tetapi menggunakan simbol Dacing. Mereka juga lupa yang BN adalah gabungan 3 parti racist sebagai parti komponen utama Ya. BN adalah gabungan 3 Parti rasis.
Parti dibentuk daripada bangsa di mana parti orang Melayu untuk orang Melayu, Cina untuk orang Cina dan parti orang India untuk orang India.
1. UMNO (United Malays National Organisation) = Parti Melayu
2. MCA (Malaysian Chinese Association) = Parti Cina
3. MIC (Malaysian Indian Congress) = Parti India
Berbeza dengan gabungan parti dalam Pakatan Rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Pas parti Islam pelbagai kaum di mana orang bukan Islam juga boleh sertai Dewan Himpunan Penyokong Pas. Begitu juga PKR dan DAP yang disertai pelbagai kaum dan agama
1. PAS (Parti Islam Malaysia)
Pas merupakan Parti Islam. Islam tidak terhad kepada hanya satu bangsa. Pas for ALL. Dalam PAS ada semua bangsa yang beragama Islam dan ada juga yang non-Muslim. Apa? Non Muslim sokong perjuangan Islam? Bukankah itu perkara yang positif? Pada awalnya mungkin mereka menyokong atas alasan Asalkan Bukan Calon Dacing. Bukankah dakwah itu perlu dilakukan secara berperingkat? Siapa tahu, jika kita terapkan dasar Islam dan menunjukkan akhlak Muslim sebenar mereka akan tertarik dengan Islam? Bukannya terus menerus menanamkan sifat benci dan perkauman.
p/s: Sebelum ada yang mempertikai kenapa PAS tidak menggunakan akronim PIS. Aku sarankan hang pi belajaq tulis jawi balik.
p/s: Sebelum ada yang mempertikai kenapa PAS tidak menggunakan akronim PIS. Aku sarankan hang pi belajaq tulis jawi balik.
2. DAP (Democratic Action Party)
Ini yang aku sangat pelik dengan Melayu BN yang tidak habis-habis paranoid dengan DAP atas alasan DAP itu parti Cina. Wait! DAP is Democratic Action Party. Takdak sebut pun parti khas untuk Cina macam MCA tu. Its a multiracial party. Maybe sebab ramai Cina dalam tu, nampak macam parti Cina. Sedangkan dalam DAP ada je Melayu dan India jadi calon.
3. PKR (Parti Keadilan Rakyat)
Juga terdapat pelbagai kaum dalam PKR.
So, kesimpulannya dalam Pakatan Rakyat bukannya gabungan parti racist seperti BN. Ia adalah gabungan rakyat Malaysia berbilang kaum dalam setiap parti yang inginkan perubahan dan menumbangkan parti korup dan racist seperti BN. Jangan salahkan Cina yang tidak menyokong BN. Salahkan diri sendiri yang racist. PRU13 juga bukan Tsunami Cina. Tapi Tsunami rakyat Malaysia yang inginkan perubahan.
Mungkin nampak seperti Cina mendominasi, tapi hakikatnya kesedaran politik Cina lebih tinggi dan matang berbanding Melayu Umno. Mereka faham, 'kerajaan' dan 'parti politik' itu berbeza. Mereka faham, 'kewajiban' sebuah kerajaan. Bukan seperti Melayu Umno yang tidak habis-habis mengeluarkan statement jangan ambil BR1M kalau tak sokong kerajaan, jangan kerja kerajaan, jangan pergi hospital kerajaan n bla bla bla.. Anoyying tahu.
Setiap kaum dan bangsa ada yang jahat. Kalau Melayu jahat, kita kena jatuhkan. Kalau Cina jahat, kita kena jatuhkan. Kalau India jahat kita kena jatuhkan. Andai mereka Cina yang baik, India yang baik, Melayu yang baik, kita sokong. Itulah namanya bukan perkauman. Asalkan bukan kafir? Bagaimana dengan yang Islam hanya di i/c tapi berperangai kafir?
Bagaimana dengan saranan agama yang menyuruh kita berbaik-baik dengan kaum lain? Islam membela SEMUA bangsa. Islam tidak pernah ajar sifat perkauman. Kalaulah Rasulullah SAW tu ajar perkauman, Islam pasti hanya untuk bangsa Arab sahaja. Melayu mungkin akan beragama Kristian. Nauzubillah. Syukurlah ajaran Islam berjaya sampai ke Tanah Melayu.
Hentikan slogan 'Melayu perlu bersatu'. Sepatutnya, slogan yang dilaungkan, 'Melayu perlu bersatu dengan Cina dan India'. Baru betul Malaysian. 1 Malaysia konon. Tapi rasis. Jom ubah!
SZ: Hai kawan-kawan BN. Maafkan saya.








